Sabtu, 4 Februari 2012

BEKAS IMPORT N9 DISAMBAR KELAB CHINA BAGI MERANTAI ANELKA

                                                                              Marquem Nuguen Gonçalves Ferreira
Marquem Nuguen Gonçalves Ferreira pemain import N.sembilan yang tidak layak beraksi di liga Malaysia dikhabar kan telah diikat oleh sebuah kelab bolasepak di China.Pemain yang pernah bermain di divisyen 3 di liga Brazil itu akan ditugaskan merantai pemain di liga elit di sana yang turut melibatkan pemain terkemuka dunia Nicolas Anelka.

Dengan syarat pengambilan pemain import yang ketat di Liga Malaysia harapan pemain import itu untuk beraksi di Liga Malaysia musnah angkara syarat yang ditetapkan oleh badan induk bolasepak malaysia, FAM.

Dengan itu PBNS setelah berbincang dengan ejen pemain tersebut dan terpaksa melepaskan pemain itu beraksi di sana .


Di liga China diterima di Liga Malaysia tidak Diterima..Pelik betul Bolasepak Malaysia..







PEMAIN IMPORT TERBARU N9 DISAMBAR PASUKAN LAIN DI LIGA M

Skuad Negeri Sembilan yang berhajat menurunkan pemain import terbaru dari Brazil, Fernando Augusto de Abreu Ferreira, pada perlawanan Liga Super menentang pasukan T-Team minggu depan mungkin tidak kesampaian kerana ia telah disambar pasukan lain


Menurut info dari coach Azraai yang telah dihubungi SYAPALIKH FM ,Pemain yang sepatutnya mengikuti pasukan berlatih di padang tiruan di bukit jalil dilaporkan tiada di hotel penginapan di Seremban dipercayai telah berada di Johor FC untuk mengikuti pemilihan di sana seperti yang dilaporkan oleh rakan kepada pemain import N.Sembilan,Effa Owona


Dengan itu perlawanan persahabatan menentang Sime Darby malam ini telah dibatalkan.



Sumber : Syapalikh FM & N9 futbol