Ahad, 29 April 2012

Salam 6 - 0 Dari FAM untuk Sri Lanka


SKUAD Harimau Malaya menceriakan peminat bola sepak tanah air apabila dengan mudah mengatasi Sri Lanka 6-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Skuad kendalian jurulatih Datuk K.Rajagobal yang mengusai permainan sejak awal perlawanan dengan mudah memperolehi gol pertama menerusi Wan Zack Haikal
Wan Nor menerusi sepakan deras pada minit ke-24.
Selang dua minit kemudian, Wan Zack sekali lagi menjaringkan gol kedua skuad negara apabila menewaskan penjaga gawang Sri Lanka, Herath Mudiyanselage hasil hantaran jauh yang dilakukan oleh Mohd Safee Mohd Sali, lapor Bernama.
Tersentak dengan kedudukan tersebut, pasukan pelawat cuba untuk bangkit bagi mencari gol pertama namun Malaysia yang mengusai perlawanan tidak
memberi peluang kepada skuad Sri Lanka kendalian jurulatih Kolonnage Mayura Sampath.
Skuad negara yang ditemani oleh kira-kira 5,000 penyokong terus menguasai perlawanan babak kedua perlawanan yang ternyata sukar dibolosi oleh pasukan
pelawat.
Pesta gol bermula apabila Ahmad Hazwan Bakri kemudianya menyumbang dua gol pada minit ke-71 dan minit ke-81 dikuti gol kelima oleh Azamuddin Mohd Akil
seminit kemudian.
Penyerang muda, Ahmad Hazwan melengkapkan hatrik buat dirinya menerusi tandukan pada masa tambahan.
Sementara itu, Rajagobal berkata, beliau gembira dan berpuas hati dengan prestasi kesuluruhan anak didiknya yang erjaya mencapai kemenangan mudah pada
perlawanan itu.
"Walaupun kita menguasai perlawanan kali ini saya tidak memandang rendah usaha pasukan Sri Lanka yang turut bermain baik malam ini," katanya kepada
pemberita selepas tamat perlawanan.
Rajagobal berkata kejayaan skuad Harimau Malaya malam ini juga membuktikan bahawa Malaysia mempunyai sebuah pasukan tidak kurang hebatnya.

Sabtu, 28 April 2012

SARAWAK DAN JOHOR FC DIDENDA RM 66,000


PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) didenda RM46,000 dan dilarang bermain di Stadium Negeri, Kuching dengan kehadiran penonton selama empat perlawanan yang berkuat kuasa serta-merta selepas didapati bersalah dalam empat pertuduhan bagi perlawanan Liga Super 2012 menentang Kelantan pada 7 April lalu.
Hukuman Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu meliputi kesalahan seperti gagal menyediakan kawalan keselamatan yang berkesan, penyokongnya menyerang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), membaling mercun dan botol minuman terhadap penyokong Kelantan serta penolong pengadil, Azman Ismail dan ketika sepakan sudut pasukan pelawat di belakang gol tuan rumah.




Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Taufik Razak berkata, kesemua hukuman itu tidak boleh dikemukakan rayuan.
Malah, katanya RM1,000 daripada denda tersebut dikenakan kerana FAS didapati menghina FAM apabila lewat menghantar kertas pembelaan dalam menjawab keempat-empat pertuduhan iaitu melebihi pukul 12.00 tengah hari 23 April lalu.
"Kelab Johor FC pula didenda RM20,000 dan diberikan amaran keras setelah didapati bersalah dalam kes penyokongnya membaling botol berisi air mengenai kepala seorang pemain Lions XII dalam perlawanan Liga Super pada 7 April di Stadium Pasir Gudang.
"Insiden itu menyebabkan perlawanan terpaksa diberhentikan selama tiga minit oleh pengadil," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Menurut Taufik, FAM tidak akan bertolak ansur dari segi keselamatan penonton walaupun menyedari kutipan pintu masuk di Stadium Negeri, Kuching mendatangkan pulangan yang amat lumayan kepada tuan rumah kerana tidak mahu berlakunya kejadian yang tidak diingini terutama jika melibatkan nyawa.
Tegasnya: "Selepas ini, semua pasukan Liga M dalam mesyuarat pengurus pasukan yang biasanya diadakan sebelah pagi atau beberapa jam sebelum perlawanan.
"Turut diingatkan supaya sentiasa memastikan kehadiran wakil pasukan keselamatan iaitu polis kerana jawatankuasa mendapati hal ini sering tidak diberi perhatian."

Sumber : Utusan Malaysia

Rabu, 25 April 2012

PIALA AFC : Terengganu belasah Song Lam Nghe An 6 -2


KUALA TERENGGANU: Terengganu mencuri tumpuan untuk mengesahkan tempat bagi melayakkan ke pusingan kedua Piala Konfederasi Asia (AFC) setelah membenam cabaran pasukan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An, 6-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam ini.
Biarpun berhadapan dengan tekanan psikologi penyokong akibat beberapa siri kekalahan pasukan Pantai Timur itu sejak akhir-akhir ini nyata tidak melunturkan semangat anak didik Mat Zan Mat Aris untuk memburu kemenangan ketiga dalam saingan Kumpulan F. 
Aksi yang bertenaga dipamerkan di hadapan sekitar 3,000 penyokong pada awal babak permainan membuahkan hasil apabila Mohamad Ashari Samsudin terlebih dahulu meledak gol pembukaan seawal minit keempat.

Tidak cukup dengan itu, pemain import dari Liberia, Francis Forkey Doe menambah jaringan kedua selang tujuh minit kemudian apabila bijak mencuri peluang menewaskan tiga pertahanan lawan hasil bola umpanan dari Joseph Kalang Tie dari tengah padang.

Tersentak dengan dua jaringan tuan rumah, Vietnam bingkas mengatur serangan dan Pham Van Quyen pantas mencuri peluang pada minit ke-29 untuk menjaringkan gol pertama pelawat sebelum Forkey Doe dan Abdul Hadi Yahaya masing-masing meledak gol ketiga (min-34) dan keempat (min-37) untuk penutup aksi babak pertama.

Selang babak kedua bermula, tuan rumah terus melancarkan serangan ke kubu lawan dan bagaimanapun beberapa gerakan dan hantaran yang dilancarkan berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan.

Namun kubu pertahanan lawan itu sekali lagi bocor apabila Forkey Doe menambah derita pasukan pelawat apabila melakukan hatrik pada minit ke-72. 


Forkey Deo

Ketinggalan lima gol nyata memberi tekanan kepada skuad bimbingan Nguyen Huu Thang namun anak didiknya tidak berputus asa melancarkan gerakan untuk menambah jaringan dan berjaya menghasilkan gol pada minit ke-83 menerusi ledakan Van Binh. 

Empat minit sebelum masa permainan berakhir, Terengganu menerusi pemain tengah Joseph Kalang melengkapkan kemenangan bergaya buat sang penyu dengan gol keenam tuan rumah. 

Kemenangan tersebut membolehkan pasukan Terengganu menghuni tangga kedua dengan pungutan sembilan mata, kekurangan satu mata di belakang pasukan kelab Kitchee FC dari Hong Kong apabila pasukan tersebut sekadar seri tanpa jaringan dengan Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar, Singapura, hari ini. 

Terengganu akan mengakhiri perlawanan peringkat kumpulan dengan menentang Kitchee FC di Stadium Tseung Kwan, Hong Kong, pada 9 Me ini. - BERNAMA

KELAB EPL UJI SKUAD RANKING 156 DUNIA

Kedudukan Malaysia di mata bolasepak dunia terus dipandang tinggi oleh kelab-kelab terkemuka dunia walaupun hanya berada di ranking 156 Dunia.



Dua kelab bolasepak terbaik EPL bakal menguji skuad bolasepak Malaysia pada bulan julai ini.Di fahamkan kelab bolasepak Arsenal akan bertandang ke Malaysia pada 24 julai 2012 yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Pada 30 julai pula satu lagi pasukan Liga Perdana England,Manchester City juga akan hadir ke Malaysia menetang pasukan pasukan yang ranking nya hanya pada 156 di kedudukan dunia ini yang juga bakal dilangsungkan di tempat yang sama


Mohon Ultras Malaya jangan berkecil hati > Ranking tidak penting - Rajagopal

Isnin, 16 April 2012

JOHOR FC SINGKIR K DEVAN


JODOH K.Devan bersama Johor FC tidak berpanjangan.Belum pun sampai semusim menjadi jurulatih skuad Lebah, Devan disingkir apabila Johor FC sekadar menghuni tangga kedua tercorot selepas berakhirnya pusingan pertama saingan Liga Super kelmarin.
Keputusan itu disahkan oleh Setiausaha Kehormat Johor FC, Mohd. Tahir Hamdan kepada Kosmo! semalam.
Menurut Mohd. Tahir, kontrak Devan akan ditamatkan serta-merta dan tempat beliau akan diganti oleh Sazali Saidon.
Sazali sebelum ini pernah memangku jawatan ketua jurulatih Johor FC selepas Azuan Zain ‘direhatkan’ pada September tahun lepas atas alasan kesihatan.
“Pihak pengurusan telah bersetuju untuk melantik Sazali Saidon bagi menggantikan Devan untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
“Bagaimanapun, untuk perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super menentang Selangor Selasa ini, penolong jurulatih, Azmi Mohamad akan membawa pemain ke Shah Alam memandangkan proses pertukaran akan mengambil masa beberapa hari,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Bulan lepas, pihak pengurusan Johor FC telah menyerahkan surat amaran kepada Devan serta enam pemainnya dan menetapkan tiga perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super sebagai penanda aras masa depan Devan bersama pasukan berstatus kelab itu.
Bagaimanapun, Johor FC sekadar seri tanpa jaringan menentang Terengganu pada 31 Mac dan tewas 0-1 kepada Lions XII di tempat sendiri sebelum seri 1-1 menentang Selangor kelmarin.
“Pada awalnya kami bercadang untuk merehatkan Devan tetapi selepas berbincang, adalah lebih baik jika kita tamatkan terus kontrak beliau. Saya harap, dengan jurulatih baharu ini, nasib Johor FC akan berubah,” kata Mohd. Tahir.
Sementara itu, Devan ketika dihubungi berkata, pihak pengurusan tidak sepatutnya mengambil keputusan terburu-buru.
Katanya, kedudukan Johor FC dalam liga setakat ini tidak menggambarkan prestasi sebenar skuad Lebah.
“Pihak pengurusan harus kaji punca dan kelemahan sebenar pasukan ini. Banyak faktor yang meletakkan Johor FC pada kedudukan sekarang.
“Jika dibuat analisis, prestasi Johor FC di tempat lawan agak baik tetapi kita sering tidak bernasib baik apabila beraksi di tempat sendiri.
“Sepatutnya pihak pengurusan tidak cepat panik dan ambil keputusan terburu-buru,” katanya.



Sumber : Kosmo