Ahad, 29 April 2012

Salam 6 - 0 Dari FAM untuk Sri Lanka


SKUAD Harimau Malaya menceriakan peminat bola sepak tanah air apabila dengan mudah mengatasi Sri Lanka 6-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Skuad kendalian jurulatih Datuk K.Rajagobal yang mengusai permainan sejak awal perlawanan dengan mudah memperolehi gol pertama menerusi Wan Zack Haikal
Wan Nor menerusi sepakan deras pada minit ke-24.
Selang dua minit kemudian, Wan Zack sekali lagi menjaringkan gol kedua skuad negara apabila menewaskan penjaga gawang Sri Lanka, Herath Mudiyanselage hasil hantaran jauh yang dilakukan oleh Mohd Safee Mohd Sali, lapor Bernama.
Tersentak dengan kedudukan tersebut, pasukan pelawat cuba untuk bangkit bagi mencari gol pertama namun Malaysia yang mengusai perlawanan tidak
memberi peluang kepada skuad Sri Lanka kendalian jurulatih Kolonnage Mayura Sampath.
Skuad negara yang ditemani oleh kira-kira 5,000 penyokong terus menguasai perlawanan babak kedua perlawanan yang ternyata sukar dibolosi oleh pasukan
pelawat.
Pesta gol bermula apabila Ahmad Hazwan Bakri kemudianya menyumbang dua gol pada minit ke-71 dan minit ke-81 dikuti gol kelima oleh Azamuddin Mohd Akil
seminit kemudian.
Penyerang muda, Ahmad Hazwan melengkapkan hatrik buat dirinya menerusi tandukan pada masa tambahan.
Sementara itu, Rajagobal berkata, beliau gembira dan berpuas hati dengan prestasi kesuluruhan anak didiknya yang erjaya mencapai kemenangan mudah pada
perlawanan itu.
"Walaupun kita menguasai perlawanan kali ini saya tidak memandang rendah usaha pasukan Sri Lanka yang turut bermain baik malam ini," katanya kepada
pemberita selepas tamat perlawanan.
Rajagobal berkata kejayaan skuad Harimau Malaya malam ini juga membuktikan bahawa Malaysia mempunyai sebuah pasukan tidak kurang hebatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan