Ahad, 15 Julai 2012

RUMUSAN PRESTASI NEGERI SEMBILAN DI LIGA SUPER 2012






Liga Super Malaysia 2012 melabuhkan tirainya  dengan juara telah ditentukan milik pasukan Kelantan yang telah mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi untuk dua tahun berturut-turut.Tempat ke 2 adalah milik pasukan Lions XII dan ke 3 milik pasukan Selangor yang seterusnya dapat mewakili Malaysia dalam AFC cup bersama Kelantan tahun hadapan.Pasukan Lions XII tidak layak kerana ini hanya berstatus pasukan jemputan.


Kedudukan Akhir Liga Super 2012

Pasukan Negeri Sembilan pulan menamatkan cabaran liga super kali ini di tempat ke 6 di bawah pasukan Terengganu di tempat ke 5 dengan mengumpul 37 mata.Kedudukan ini adalah lebih baik daripada kedudukan yang dicapai oleh pasukan Negeri Sembilan dimana pada tahun lepas yang berada di kedudukan Ke 8 liga Super.
Dengan peghijrahan beberapa nama besar yang membantu Negeri Sembilan memenangi Piala Malaysia pada 2011 seperti Aidil Zafuan,Zaquan Adha,Hairuddin Omar,Farizal Harun,Irwan Fadly Idrus ke pasukan liga perdana ATM,jurulatih pasukan Negeri Sembilan Mohd Azraai Khor Abdullah telah berusaha memantapkan pasukan dengan mengambil beberapa pemain baru untuk diserapkan dalam pasukan Negeri Sembilan pada tahun ini seperti Zulfaizham Khamis,Rashid Mahmud,Badrul Zaman Abdul Halim,Nazrin Nawi,Norismaidham Ismail,Shakir Ali dan lain lain serta menaik taraf pemain skuad piala presiden untuk diserapkan bersama pasukan Senior Liga super.Dengan format baru Liga yang membenarkan kemasukan semula pemain import pada tahun ini pasukan telah mendapatkan pemain import dari Cameroon,Effa Owona di bahagian serangan dan Marian Farbak dari Slovakia di bahagian pertahanan bagi memantapkan pasukan.

                                                                                          Marian Farbak                        Effa Owona 


Negeri Sembilan memulakan kempen liga dengan menetang Kelantan dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Bukit Jalil dengan kemenangan 2-1 setelah pemain import Effa Owona menjaringkan 2 gol ketika itu dan seterusnya dipilih pemain terbaik perlawanan tersebut.Ini adalah kejuaraan pertama piala sumbangsih bagi pasukan Negeri Sembilan semenjak ia diperkenalkan.



Bagi saingan Piala FA pula Negeri Sembilan tewas di tangan Johor FC di pusingan pertama dengan jaringan 2-1 di Paroi.

Keputusan Penuh Liga Super 2012


Pusingan Pertama
---------------------
10.01.2012 - Selangor, STAR of Paroi (Seri 2-2)
14.01.2012 - Johor FC, Stadium JCorp (Menang 2-0)
17.01.2012 - Perak, Stadium Perak (Kalah 1-2)
21.01.2012 - Felda United, STAR of Paroi (Menang 1-0)
28.01.2012 - Sarawak, Stadium Negeri (Seri 2-2)
08.02.2012 - T-Team, STAR of Paroi (Menang 2-1)
11.02.2012 - Lions XII, Stadium Jalan Besar (Kalah 1-3)
14.02.2012 - PKNS FC, STAR of Paroi (Seri 1-1)
04.03.2012 - Kelantan, Stadium Sultan Muhammad IV (Kalah 1-2)
17.03.2012 - Kedah, STAR of Paroi (Menang 2-1)
30.03.2012 - Kuala Lumpur, Stadium Hang Jebat (Menang 2-1)
07.04.2012 - Sabah, STAR of Paroi (Seri 2-2)
14.04.2012 - Terengganu, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Kalah 0-1)




Pusingan Kedua
-------------------
17.04.2012 - Terengganu, STAR of Paroi (Seri 1-1)
08.05.2012 - Selangor, Stadium Shah Alam (Menang 1-2)
12.05.2012 - Johor FC, STAR of Paroi (Menang 2-1)
15.05.2012 - Perak, STAR of Paroi (Menang 3-1)
16.06.2012 - Felda United, Stadium Hang Jebat (Kalah 0-1)
19.06.2012 - Sarawak, STAR of Paroi (Menang 3-1)
23.06.2012 - T-Team, Std. Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Seri 1-1)
30.06.2012 - PKNS, Stadium MBPJ (Kalah 1-2)
03.07.2012 - Kelantan, STAR of Paroi (Kalah 2-3)
07.07.2012 - Kedah, Stadium Darul Aman (Menang 2-0)
10.07.2012 - Kuala Lumpur, STAR of Paroi (Seri 1-1)
14.07.2012 - Sabah, Stadium Likas (Kalah 1-3)
03.04.2012 - Lions XII, STAR of Paroi (Kalah 2-4) (Game ke-21 yg diawalkan)


SENARAI PENJARING UNTUK PASUKAN NEGERISEMBILAN

15 gol - Effa Owona  
10 gol - Shakir Ali 
4 gol  - Firdaus Azizul,Shukor Adan
3 gol  - Shahurain Abu Samah
2 gol  - S Kunanlan
1 gol  - G Mahathevan,Marian Farbak,Alif Shamsudin,

GOL SENDIRI

1 gol  - S Kunanlan







Jumaat, 22 Jun 2012

KELANTAN VS QPR ( GAMBAR ) ASIA TOUR


GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENGUMUMAN QPR ASIA TOUR

KUALA LUMPUR ( QPR VS KELANTAN ) -  20 JULAI 2012 -  STD SHAH ALAM - 9.30 MLM
KOTA KINABALU ( QPR VS SABAH )
SURABAYA ( QPR VS PERSEBAYA )









CREDIT TO : http://www.facebook.com/www.askairasia.com



Rabu, 9 Mei 2012

Nazmi Faiz bakal sertai kelab S.C Beira-Mar



KELANA JAYA 9 Mei - Pemain remaja skuad Harimau Muda, Mohd. Nazmi Faiz Mansor hari ini mengesahkan bahawa beliau telah dipelawa oleh S.C Beira-Mar untuk menyertai kelab Divisyen Satu, Priemera Liga Portugal itu.
Nazmi Faiz yang ditemui ketika mengadakan latihan di Padang FAM di sini berkata, beliau dan bapanya akan berlepas ke Portugal bagi mengikuti sesi pemilihan kelab tersebut pada 14 hingga 21 Mei ini. - UTUSAN

                                                                   Sport Clube Beira-Mar

Liga Super : N9 RATAH SELANGOR





HAJAT Selangor meraih kemenangan berturut-turut buat kali pertama musim ini tidak kesampaian, sebaliknya mereka pula diaibkan di laman sendiri apabila tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada aksi ke-16 Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dengan keputusan itu, Negeri Sembilan kini hanya satu mata kurang berbanding Selangor yang kekal di tangga keempat liga dengan 24 mata dan ketinggalan dua mata dengan pasukan tangga ketiga, Terengganu yang kurang satu perlawanan.
Gawang Selangor bocor seawal minit pertama berpunca daripada salah faham barisan pertahanan dan penjaga gol, G Jeevananthan yang mudah dimanfaatkan penyerang Negeri Sembilan, Firdaus Azizul untuk gol pertama pelawat. 

Selangor yang menguasai permainan selepas itu hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-16, namun sepakan Safiq Rahim hasil gerakan satu dua menarik dengan Bosko Balaban sempat ditepis keluar penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias. 

Firdaus terpaksa digantikan Nazrin Nawi pada minit ke-30 selepas mengalami kecederaan tetapi empat minit berselang, Negeri Sembilan berjaya menambah gol kedua menerusi rembatan kencang Ahmad Shakir Md Ali di depan pintu gol selepas tandukan awal Marian Farbak sekadar ditepis lemah Jeevananthan. 

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan terus selesa apabila berjaya mendapatkan gol ketiga, juga menerusi Ahmad Shakir pada minit ke-63 selepas percubaan tidak berbahaya penyerang kebangsaan itu dari luar kotak penalti sudah cukup untuk memperdayakan Jeevananthan yang tersalah langkah. 
Gol sagu hati Selangor hanya menjelma pada masa kecederaan menerusi penyudah kemas Balaban untuk gol kelapannya dalam saingan liga musim ini.

Ahad, 6 Mei 2012

Piala AFC : Terengganu Pincang Tanpa Tonggak Utama ke Hong Kong


KUALA TERENGGANU 6 Mei - Terengganu akan turun menentang Kitchee Hong Kong dalam perlawanan terakhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Hong Kong 9 Mei ini tanpa penyerang berbisanya.
Penolong pengurus pasukan, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof berkata, ini kerana ramai pemain utama Terengganu seperti penyerang sensasi Francis Forkey Doe dan Abdul Manaf Mamat tidak turut serta kerana tercedera.


"Selain itu, Reeshafiq Alwi dan Nordin Alias juga tidak akan diturunkan kerana prestasinya tidak begitu memuaskan," katanya ketika dihubungi Bernama selepas mesyuarat pengurusan pasukan hari ini.
Bagaimanapun, Sheikh Tajudin berkata pasukan Terengganu tidak akan terjejas walaupun tanpa pemain-pemain tersebut.
Terengganu tewas 2-0 kepada Kitchee pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada 20 Mac lalu.
Terengganu telah melayakkan diri ke pusingan kedua piala tersebut setelah muncul naib juara kumpulan dengan sembilan mata manakala Kitchee pula juara kumpulan dengan 10 mata.
Sheikh Tajudin berkata misi Terengganu ke Hong Kong ialah untuk menang bagi membolehkan pasukan itu muncul sebagai juara kumpulan walaupun tanpa ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris yang direhatkan dua minggu sehingga 15 Mei ini.
Selain Terengganu dan Kitchee, pasukan lain dalam kumpulan F ialah Song Lam Nghe An (Vietnam) dan Tampines Rovers (Singapura).
Beliau berkata Terengganu mempunyai jadual yang padat selepas kembali dari Hong Kong dan akan menentang pasukan Felda United di Melaka (12 Mei) dan Sarawak di Terengganu tiga hari selepas itu untuk kejohanan Liga Malaysia. - BERNAMA

Sabtu, 5 Mei 2012

Butler Bakal Jurulatih Terengganu Yang Baru?

Bekas Jurulatih Kelantan Peter James Butler dikhabarkan oleh beberapa laman sensawang akan mengambil alih Jawatan Ketua Jurulatih pasukan Terengganu ekoran Jurulatih Mat Zan Mat Aris yang direhatkan.Selepas Kelantan menamatkan kontraknya.dia telah menjadi jurulatih kelab Indonesia Pesib Balikpapan untuk beberapa perlawanan.Diharap dengan kehadiran Peter Butler ke Terengganu dapat memuaskan hati semua pihak terutama penyokong setia Terengganu..dan mungkin dia hanya datang bercuti  ke Terengganu yang mempunyai tempat tempat yang menarik seperti Ken Worden sebelum ini..

Sarawak Mahu Keluar Liga Super ?


SEKSAAN ditanggung pasukan bola sepak Sarawak nampaknya semakin sukar dibendung apabila penyokong skuad Ngap Sayot itu mula memberontak dengan menggesa Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) keluar daripada naungan badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Sebagai tanda memberontak, mereka mewujudkan satu laman web dikenali petisyen.com yang meminta FAS keluar kerana menganggap hukuman dikenakan ke atas pasukan mereka bersifat zalim.

Laman web itu, mula diperkenalkan semalam dengan kata-kata ‘Dengan hukuman FAM yang semakin bertambah ke atas FAS, kami minta FAS untuk keluar dari FAM. Ini adalah maruah bola sepak kita yang semakin tercalar. FAM perlu diajar dan belajar’.
Sehingga kini lawan web itu sudah menarik hampir 50 peminat selain turut memuatkan komen daripada mereka tidak berpuas hati dengan hukuman dikenakan.

FAS yang dipalit dengan istilah ‘sudah jatuh di timpa tangga’ akibat dua hukuman - selain hukuman dikenakan ke atas Timbalan Presiden, Abu Bakar Marzuki - yang digantung lapan perlawanan serta denda RM8,000 kerana mengeluarkan kenyataan menerusi media.

Sebelum ini, FAM menerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Taufik Tan Sri Abdul Razak mengenakan denda RM75,500 bagi dua kesalahan termasuk RM46,000 bagi kes terbaru kerana membabitkan kesalahan langkah kawalan keselamatan longgar ketika menentang Kelantan dalam saingan Liga Super pada 7 April lalu.
Pada masa sama, FAM turut mengarahkan Sarawak bermain dalam stadium kosong untuk empat perlawanan membabitkan aksi menentang Sabah pada 12 Mei, Selangor (16 Jun), Perak (23 Jun) dan Johor FC (30 Jun).

Hanya beberapa minit selepas laman web itu dihasilkan, satu-satunya persatuan bahagian iaitu Persatuan Bola Sepak Mukah (MuFA) tampil menyuarakan pandangan sama dengan menggesa FAS mengambil keputusan keluar dari FAM.
MuFA melalui Presiden, Abu Seman Jahwie berkata, tindakan FAM itu kejam dan tidak membina untuk sukan bola sepak di negeri itu.

“Tindakan ini bagaikan satu penderaan dan penghinaan kepada rakyat Sarawak. Lebih baik Sarawak tarik diri lebih awal daripada menyertai kempen bola sepak daripada terus dipermainkan mereka (FAM).

“Denda RM75,500 dan beraksi tanpa penonton untuk empat perlawanan sudah keterlaluan dan secara keseluruhan, FAS terpaksa menanggung kerugian RM500,000.

“Cubit paha kiri, paha kanan terasa. Memang itu yang kami rasakan kerana tindakan FAM itu boleh diibaratkan seperti mendera FAS. Sudahlah didenda wang tunai, penonton pula disekat daripada berada di stadium,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Liga Super : Kelantan Baham Singa


KUALA LUMPUR: Kelantan menampilkan aksi menarik di hadapan penonton sendiri apabila mengalahkan pendahulu liga Lions XII 3-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu, malam ini.
Kemenangan itu membolehkan Kelantan merapatkan jurang perbezaan mata dengan ketinggalan dua mata daripada pasukan dari Singapura itu yang mengumpul 36 mata dari 18 perlawanan. 
Kelantan terpaksa menunggu sehingga babak kedua perlawanan apabila S Chanthuru memecah kebuntuan gol pada minit ke-73 sebelum Norfarhan Muhammad menambah gol kedua empat minit kemudian.
Kelantan melabuhkan tirai jaringan pada minit ke-85 menerusia jaringan Rizal Fahmi Abdul Rosid

.Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Mohd Rozaimi Abdul Rahman menceriakan pasukan Sabah apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-20 bagi mengetepikan Felda United 1-0.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan Terengganu berkongsi mata dengan Perak apabila seri 2-2.

Terengganu kini menghuni tangga ketiga liga dengan 26 mata selepas 15 perlawanan manakala Perak berada di tangga kelima dengan 24 mata.

Sementara itu, dalam saingan Liga Perdana, ATM terus mendominasi kedudukan liga apabila mencipta kejayaan besar membelasah Johor MBJB 7-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

ATM kini mengumpul 32 mata mengatasi Pahang dengan kelebihan jaringan.

Pemain import Alex James menjadi wira apabila berjaya melakukan hatrik dengan jaringan pada minit ke-11, 44' dan 64'.

Hairuddin Omar menyumbang dua gol hasil jaringan pada minit ke-47 dan 53, Fitri Omar pula menjaringkan gol keenam bagi pasukan ATM pada minit ke- 68.

Manakala pemain MBJB, Zainodin Kasmidim menjaringkan gol sendiri pada minit ke-70.

Gol saguhati MBJB  pula disumbangkan oleh Azmi Sarmin pada minit ke-42.

Pahang turut mengutip tiga mata penuh hasil kejayaan mengalahkan Harimau Muda B dengan keputusan 3-2 di Stadium Temerloh.

Gol Pahang disumbangkan oleh Mohd Fauzi Roslan pada minit ketiga, Mohd Azwan Daud (minit ke-62) dan Maycon Inez (minit ke-78).

Manakala dua gol pelawat dijaringkan oleh Mohd Hami Zaref pada minit ke-55 dan Mohd Hadin Azman (minit ke-68).

Sementara itu, Sime Darby pula mengalahkan Perlis 5-1 di Stadium Selayang.

Di Stadium Larkin Johor, Johor menumpaskan N.Sembilan Betaria 3-0 manakala USM FC pula mengatasi PDRM 4-2 di Stadium Mini USM, Pulau Pinang dan MP Muar mengalahkan Pos Malaysia 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar.
 - Bernama


Rabu, 2 Mei 2012

Piala FA : Kecuaian Pertahanan Punca Kedah Tewas


ALOR SETAR: Kecuaian benteng pertahanan Kedah merupakan punca utama Kedah sekadar seri 2-2 di Stadium Darul Aman malam tadi, sekaligus melayakkan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 3-3, kata jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan.
Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA bertemu dengan Sime Darby dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. 
"Kami dihukum dengan kesilapan pertahanan pasukan. Saya telah ingatkan pemain dua gol awal tersebut tidak menjamin bahawa dapat melangkah ke peringkat seterusnya.

"Ini kerana Kelantan amat berbahaya kepada kita sekiranya mereka (pertahanan) beri ruang kepada lawan membolosi gawang Kedah," kata kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.

Wan Jamak berkata kesilapan pertama berlaku pada minit ke-46, apabila pertahanan Kedah gagal menyekat serangan Kelantan yang mendapat sepakan sudut dan memberi ruang kepada import Kelantan Obinna Nwaneri menjaringkan gol pertama mereka.

Wan Jamak berkata pertahanan Kedah sekali lagi menjadi punca kekalahan pasukan Kedah apabila berlaku salah faham antara pemain pertahanan untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya menyebabkan Mahmoud Ghadar menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60.

Katanya selain itu faktor kegopohan beberapa pemainnya untuk menjaringkan gol menyebabkan mereka gagal menghasilkan jaringan dengan beberapa peluang yang terhidang gagal disudahkan dengan baik.

Sementara itu, jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata beliau gembira dengan kejayaan Kelantan mara ke perlawnan akhir Piala FA walaupun mempunyai jadual perlawanan yang padat sebelum ini apabila terpaksa menghadapi Piala AFC menentang Vietnam 24 April lepas. - BERNAMA

Ahad, 29 April 2012

Salam 6 - 0 Dari FAM untuk Sri Lanka


SKUAD Harimau Malaya menceriakan peminat bola sepak tanah air apabila dengan mudah mengatasi Sri Lanka 6-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Skuad kendalian jurulatih Datuk K.Rajagobal yang mengusai permainan sejak awal perlawanan dengan mudah memperolehi gol pertama menerusi Wan Zack Haikal
Wan Nor menerusi sepakan deras pada minit ke-24.
Selang dua minit kemudian, Wan Zack sekali lagi menjaringkan gol kedua skuad negara apabila menewaskan penjaga gawang Sri Lanka, Herath Mudiyanselage hasil hantaran jauh yang dilakukan oleh Mohd Safee Mohd Sali, lapor Bernama.
Tersentak dengan kedudukan tersebut, pasukan pelawat cuba untuk bangkit bagi mencari gol pertama namun Malaysia yang mengusai perlawanan tidak
memberi peluang kepada skuad Sri Lanka kendalian jurulatih Kolonnage Mayura Sampath.
Skuad negara yang ditemani oleh kira-kira 5,000 penyokong terus menguasai perlawanan babak kedua perlawanan yang ternyata sukar dibolosi oleh pasukan
pelawat.
Pesta gol bermula apabila Ahmad Hazwan Bakri kemudianya menyumbang dua gol pada minit ke-71 dan minit ke-81 dikuti gol kelima oleh Azamuddin Mohd Akil
seminit kemudian.
Penyerang muda, Ahmad Hazwan melengkapkan hatrik buat dirinya menerusi tandukan pada masa tambahan.
Sementara itu, Rajagobal berkata, beliau gembira dan berpuas hati dengan prestasi kesuluruhan anak didiknya yang erjaya mencapai kemenangan mudah pada
perlawanan itu.
"Walaupun kita menguasai perlawanan kali ini saya tidak memandang rendah usaha pasukan Sri Lanka yang turut bermain baik malam ini," katanya kepada
pemberita selepas tamat perlawanan.
Rajagobal berkata kejayaan skuad Harimau Malaya malam ini juga membuktikan bahawa Malaysia mempunyai sebuah pasukan tidak kurang hebatnya.

Sabtu, 28 April 2012

SARAWAK DAN JOHOR FC DIDENDA RM 66,000


PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) didenda RM46,000 dan dilarang bermain di Stadium Negeri, Kuching dengan kehadiran penonton selama empat perlawanan yang berkuat kuasa serta-merta selepas didapati bersalah dalam empat pertuduhan bagi perlawanan Liga Super 2012 menentang Kelantan pada 7 April lalu.
Hukuman Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu meliputi kesalahan seperti gagal menyediakan kawalan keselamatan yang berkesan, penyokongnya menyerang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), membaling mercun dan botol minuman terhadap penyokong Kelantan serta penolong pengadil, Azman Ismail dan ketika sepakan sudut pasukan pelawat di belakang gol tuan rumah.




Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Taufik Razak berkata, kesemua hukuman itu tidak boleh dikemukakan rayuan.
Malah, katanya RM1,000 daripada denda tersebut dikenakan kerana FAS didapati menghina FAM apabila lewat menghantar kertas pembelaan dalam menjawab keempat-empat pertuduhan iaitu melebihi pukul 12.00 tengah hari 23 April lalu.
"Kelab Johor FC pula didenda RM20,000 dan diberikan amaran keras setelah didapati bersalah dalam kes penyokongnya membaling botol berisi air mengenai kepala seorang pemain Lions XII dalam perlawanan Liga Super pada 7 April di Stadium Pasir Gudang.
"Insiden itu menyebabkan perlawanan terpaksa diberhentikan selama tiga minit oleh pengadil," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Menurut Taufik, FAM tidak akan bertolak ansur dari segi keselamatan penonton walaupun menyedari kutipan pintu masuk di Stadium Negeri, Kuching mendatangkan pulangan yang amat lumayan kepada tuan rumah kerana tidak mahu berlakunya kejadian yang tidak diingini terutama jika melibatkan nyawa.
Tegasnya: "Selepas ini, semua pasukan Liga M dalam mesyuarat pengurus pasukan yang biasanya diadakan sebelah pagi atau beberapa jam sebelum perlawanan.
"Turut diingatkan supaya sentiasa memastikan kehadiran wakil pasukan keselamatan iaitu polis kerana jawatankuasa mendapati hal ini sering tidak diberi perhatian."

Sumber : Utusan Malaysia

Rabu, 25 April 2012

PIALA AFC : Terengganu belasah Song Lam Nghe An 6 -2


KUALA TERENGGANU: Terengganu mencuri tumpuan untuk mengesahkan tempat bagi melayakkan ke pusingan kedua Piala Konfederasi Asia (AFC) setelah membenam cabaran pasukan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An, 6-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam ini.
Biarpun berhadapan dengan tekanan psikologi penyokong akibat beberapa siri kekalahan pasukan Pantai Timur itu sejak akhir-akhir ini nyata tidak melunturkan semangat anak didik Mat Zan Mat Aris untuk memburu kemenangan ketiga dalam saingan Kumpulan F. 
Aksi yang bertenaga dipamerkan di hadapan sekitar 3,000 penyokong pada awal babak permainan membuahkan hasil apabila Mohamad Ashari Samsudin terlebih dahulu meledak gol pembukaan seawal minit keempat.

Tidak cukup dengan itu, pemain import dari Liberia, Francis Forkey Doe menambah jaringan kedua selang tujuh minit kemudian apabila bijak mencuri peluang menewaskan tiga pertahanan lawan hasil bola umpanan dari Joseph Kalang Tie dari tengah padang.

Tersentak dengan dua jaringan tuan rumah, Vietnam bingkas mengatur serangan dan Pham Van Quyen pantas mencuri peluang pada minit ke-29 untuk menjaringkan gol pertama pelawat sebelum Forkey Doe dan Abdul Hadi Yahaya masing-masing meledak gol ketiga (min-34) dan keempat (min-37) untuk penutup aksi babak pertama.

Selang babak kedua bermula, tuan rumah terus melancarkan serangan ke kubu lawan dan bagaimanapun beberapa gerakan dan hantaran yang dilancarkan berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan.

Namun kubu pertahanan lawan itu sekali lagi bocor apabila Forkey Doe menambah derita pasukan pelawat apabila melakukan hatrik pada minit ke-72. 


Forkey Deo

Ketinggalan lima gol nyata memberi tekanan kepada skuad bimbingan Nguyen Huu Thang namun anak didiknya tidak berputus asa melancarkan gerakan untuk menambah jaringan dan berjaya menghasilkan gol pada minit ke-83 menerusi ledakan Van Binh. 

Empat minit sebelum masa permainan berakhir, Terengganu menerusi pemain tengah Joseph Kalang melengkapkan kemenangan bergaya buat sang penyu dengan gol keenam tuan rumah. 

Kemenangan tersebut membolehkan pasukan Terengganu menghuni tangga kedua dengan pungutan sembilan mata, kekurangan satu mata di belakang pasukan kelab Kitchee FC dari Hong Kong apabila pasukan tersebut sekadar seri tanpa jaringan dengan Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar, Singapura, hari ini. 

Terengganu akan mengakhiri perlawanan peringkat kumpulan dengan menentang Kitchee FC di Stadium Tseung Kwan, Hong Kong, pada 9 Me ini. - BERNAMA

KELAB EPL UJI SKUAD RANKING 156 DUNIA

Kedudukan Malaysia di mata bolasepak dunia terus dipandang tinggi oleh kelab-kelab terkemuka dunia walaupun hanya berada di ranking 156 Dunia.



Dua kelab bolasepak terbaik EPL bakal menguji skuad bolasepak Malaysia pada bulan julai ini.Di fahamkan kelab bolasepak Arsenal akan bertandang ke Malaysia pada 24 julai 2012 yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Pada 30 julai pula satu lagi pasukan Liga Perdana England,Manchester City juga akan hadir ke Malaysia menetang pasukan pasukan yang ranking nya hanya pada 156 di kedudukan dunia ini yang juga bakal dilangsungkan di tempat yang sama


Mohon Ultras Malaya jangan berkecil hati > Ranking tidak penting - Rajagopal

Isnin, 16 April 2012

JOHOR FC SINGKIR K DEVAN


JODOH K.Devan bersama Johor FC tidak berpanjangan.Belum pun sampai semusim menjadi jurulatih skuad Lebah, Devan disingkir apabila Johor FC sekadar menghuni tangga kedua tercorot selepas berakhirnya pusingan pertama saingan Liga Super kelmarin.
Keputusan itu disahkan oleh Setiausaha Kehormat Johor FC, Mohd. Tahir Hamdan kepada Kosmo! semalam.
Menurut Mohd. Tahir, kontrak Devan akan ditamatkan serta-merta dan tempat beliau akan diganti oleh Sazali Saidon.
Sazali sebelum ini pernah memangku jawatan ketua jurulatih Johor FC selepas Azuan Zain ‘direhatkan’ pada September tahun lepas atas alasan kesihatan.
“Pihak pengurusan telah bersetuju untuk melantik Sazali Saidon bagi menggantikan Devan untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
“Bagaimanapun, untuk perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super menentang Selangor Selasa ini, penolong jurulatih, Azmi Mohamad akan membawa pemain ke Shah Alam memandangkan proses pertukaran akan mengambil masa beberapa hari,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Bulan lepas, pihak pengurusan Johor FC telah menyerahkan surat amaran kepada Devan serta enam pemainnya dan menetapkan tiga perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super sebagai penanda aras masa depan Devan bersama pasukan berstatus kelab itu.
Bagaimanapun, Johor FC sekadar seri tanpa jaringan menentang Terengganu pada 31 Mac dan tewas 0-1 kepada Lions XII di tempat sendiri sebelum seri 1-1 menentang Selangor kelmarin.
“Pada awalnya kami bercadang untuk merehatkan Devan tetapi selepas berbincang, adalah lebih baik jika kita tamatkan terus kontrak beliau. Saya harap, dengan jurulatih baharu ini, nasib Johor FC akan berubah,” kata Mohd. Tahir.
Sementara itu, Devan ketika dihubungi berkata, pihak pengurusan tidak sepatutnya mengambil keputusan terburu-buru.
Katanya, kedudukan Johor FC dalam liga setakat ini tidak menggambarkan prestasi sebenar skuad Lebah.
“Pihak pengurusan harus kaji punca dan kelemahan sebenar pasukan ini. Banyak faktor yang meletakkan Johor FC pada kedudukan sekarang.
“Jika dibuat analisis, prestasi Johor FC di tempat lawan agak baik tetapi kita sering tidak bernasib baik apabila beraksi di tempat sendiri.
“Sepatutnya pihak pengurusan tidak cepat panik dan ambil keputusan terburu-buru,” katanya.



Sumber : Kosmo

Selasa, 27 Mac 2012

Piala FA : Keputusan Suku Akhir

Terengganu dan Kedah berjaya melangkah ke separuh akhir persaingan Piala FA 2012.

Turut berjaya ke separuh akhir Kelantan dan Sime Darby.

Dalam perlawanan yang berlangsung malam ini, Kedah mengatasi T-Team 2-1 manakala Terengganu dan Lions XIII terikat tanpa jaringan.

Pada pusingan pertama, Terengganu mengatasi 1-0 di padang sendiri.

Dalam pada itu, Kelantan menjaringkan dua gol mengatasi SPA FC. Kelantan menang dengan aggregat 5-0.

Sementara itu, Johor FC tewas 1-2 di tangan Sime Darby.

Sime Darby menang dengan agregat 3-5.


KEPUTUSAN PENUH:

Lions XIII (0) - (0) Terengganu.
Terengganu menang dengan agregat (0-1)


Johor FC (1) - (2) Sime Darby
Sime Darby menang dengan agregat (3-5)


Kelantan (2) - (0) SPA FC
Kelantan menang dengan agregat (5-0)

T Team (1) - (2) Kedah. 
Kedah mara dengan agregat (2-1)

SEPARUH AKHIR:
Terengganu lawan Sime Darby

Kelantan lawan Kedah




Sumber : sinar harian

Isnin, 26 Mac 2012

MAIN TARIK TELINGA > EFFA DIDENDA KETUK KETAMPI ?

Penyerang Nakal Negeri Sembilan Effa Owona Didenda Rm 3000 dan digantung 2 perlawanan oleh JKPT  FAM kerana terlibat dalam beberapa kes semasa menentang Felda United 21 January 2012.Antara kesalahan yang disiasat adalah :



1.Dengan sengaja memukul belakang kepala Mohd Hardi Jaafar selepas perlawanan pada 21 Januari 2012.
2.Dengan sengaja menarik telinga Mohd Hamsani Ahmad selepas perlawanan.
3.Dengan sengaja menolak muka S.Sivashan dalam perlawanan berulang kali. 


Dengan itu pasukan Negeri Sembilan bakal kehilangan khidmat penyerang berbisa itu untuk 2 perlawanan semasa menentang Kuala Lumpur dan Lions xii pada 30 march dan 03 april ini..

KELANTAN INTAI KEITA MANDJUO @ KEITA MANJOI ?

Bekas penyerang import Perak (2004-2007), Keita Mandjou di khabarkan akan menyertai pasukan KELANTAN pada pintu perpindahan yang di buka 2 April ini. Penyerang import berusia 32 tahun itu kini sedang bersama kelab Pune FC di India. Bersama kelab Pune F.C, beliau telah menjaringkan 16 gol dalam 17 penampilan beliau.

Khabar angin kemasukan Keita Mandjou ini di kuatkan lagi dengan keberangkatanTan Sri Annuar Musa ke India semalam. Tan Sri Annuar Musa yang kini berada di India di katakan turun ke sana untuk menyaksikan sendiri aksi pemain ini bersama kelabnya, Pune FC di Liga India.






Kemasukan pemain ini sekaligus menggugat kedudukan Ghaddar dan Nwoha dalam perebutan kuota pemain import.
Nota : Situasi ini seakan-akan sama seperti kes pemain import percubaan Negeri Sembilan yang kini bersama pasukan Johor FC, 

Profil Pemain :
Nama : Keita Mandjou
Tarikh Lahir : 28 November 1979
Tempat Lahir : Nzérékoré, Guinea
Tinggi : 186cm
Posisi : Attacking Midfield / Foward
Kelab Sekarang : Pune FC
 








Sumber : https://www.facebook.com/AnnuarMusa / wawanfaiz.com

FRIENDLY INTERNATIONAL : N9 IKAT PERSEBAYA




Negeri Sembilan hanya mampu terikat dengan jaringan dua sama ketika menentang pasukan Persebaya dari Indonesia dalam perlawanan persahabatan antara kedua-dua kelab tersebut yang berlansung di stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Seremban malam tadi.




Dalam perlawanan itu Persebaya terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan melalui penyerang importnya Mario Karlovic yang mendapat hantaran silang dari Andik Vermansyah yang mudah disempurkan oleh pemain itu.
Pada separuh masa pertama pasukan dari Indonesia itu bertali arus mengasak kubu Negeri Sembilan untuk menambah jaringan.Pasukan Negeri Sembilan sesekali menyerang balas tetapi penyudah yang tumpul mengecewakan para penyokong yang hadir.Gol kedua Persebaya pula hadir dalam masa kecederaan babak pertama apabila kelekaan pemain pertahanan dihukum oleh Mat Halil untuk gol kedua Persebaya menewaskan penjaga gol gantian Negeri Sembilan Farizal Marlias.


Pada babak kedua berlangsung pula Negeri Sembilan memperkemaskan permainan untuk memburu gol pertama bagi merapatkan saingan.Hasil nya pada minit ke 52 Effa Owona berjaya melepasi perangkap offside pertahanan Persebaya dan mengelecek penjaga gol seterusnya menjaringkan gol pertama bagi Negeri Sembilan.




Selepas jaringan itu Negeri Sembilan pula banyak mendominasi permainan untuk mencari gol penyamaan.Gol penyamaan yang ditunggu akhirnya tiba apabila Effa Owona sekali lagi meledak gol melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke 71 setelah Ahmad Shakir Ali dijatuhkan pertahanan lawan .



Perlawanan selepas itu bertambah menarik kerana kedua-dua pasukan sering berbalas serangan untuk mencari gol kemenangan.Diakhir perlawanan kedua-dua pasukan berkongsi jaringan 2 - 2 untuk perlawanan persahabatan tersebut.

sumber gambar :  Flirtycious Production

Sabtu, 24 Mac 2012

ANDIK BIKIN N9 PANAS

Andik Bikin Negeri Sembilan Panas Dingin


Andik Vermansyah ternyata tak cuma beken di Indonesia. Sebab di Malaysia, pemain masa depan Persebaya ini juga memiliki nama cukup harum. Bahkan atas kualitas permainannya, Andik membuat Negeri Sembilan FA keder jelang laga persahabatan, Minggu (25/3/2012) besok di Tuanku Abdul Rahman Stadium, Paroi.


Andik Vermansyah  

Tim Malaysia Super League itu ekstra waspada pada seorang Andik. Bahkan manajer Negeri Sembilan Hamzah Bin Mohd Nor, menyebut, Andik akan mendapat pengawalan ketat dari anak buahnya. "Saya banyak mendengar dan melihat permainan Andik. Karena itu, kami akan mengawal ketat dia," kata Hamzah.

Kepada wartawan di The Smoke House, Kuala Lumpur, Jumat, (25/3/2012) malam, Hamzah tak segan mengakui Andik sebagai Messi dari Indonesia. Kelantan FA adalah salah satu tim Malaysia yang pernah merasakan bagaimana susahnya menghalau pergerakan pemain yang masih berusia 20 tahun ini.

"Kami sudah melihatnya ketika Persebaya menghadapi Kelantan, Desember tahun kemarin," lanjut Hamzah. Nama Andik kemungkinan besar kembali muncul di starting eleven Bajul Ijo. Selama ini, Andik harus absen di lima pertandingan Persebaya karena membela Tim Nasional (Timnas) U-21 dalam ajang Hassanal Bolkiah Trophy.

Sementara itu, Media Relation Persebaya, Ram Surahman mengabarkan, setelah transit cukup lama, dan menghadiri berbagai acara di Kuala Lumpur, tim Persebaya akhirnya tiba di Seremban, ibu kota Negeri Sembilan, Jumat pukul 22.00 waktu setempat. Selanjutnya, tim akan beristirahat untuk kemudian berlatih kembali, Sabtu (24/3/2012).



Sumber : Bonek News

Khamis, 22 Mac 2012

N9,PERAK,SELANGOR BAKAL UJI KELAB INDONESIA

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Persatuan Sepak bola Seluruh Indonesia (PSSI), Asosiasi Sepak bola Malaysia (FAM) dan kementerian olahraga kedua negara berencana menggelar laga persahabatan antar empat klub sepak bola dari Indonesia dan Malaysia. Ketua Umum PSSI, Djohar Arifin Husin, mengatakan, laga ini digelar untuk meningkatkan hubungan baik antara negara tetangga.

"PSSI, FAM dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia serta Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mengadakan pertandingan persahabatan yang diselenggaraan di Indonesia dan Malaysia," katanya saat ditemui di Kuala Lumpur, Rabu (21/3/2012).

Laga akan digelar pada tanggal 25 April antara tim Negeri Sembilan dan Persebaya di Stadiun Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Selain itu, PSM Makassar akan dihadapkan dengan PS Selangor, Semen Padang melawan PS Perak dan Arema Malang melawan tim Selangor.

PSSI memilih Persebaya, PSM, Semen Padang dan Arema untuk memenuhi keinginan para penggemar sepak bola Indonesia yang berada di Malaysia. 

"Penggemar klub Arema, Semen Padang, PSM Makassar ataupun Persebaya Surabaya di negara ini (Malaysia) cukup besar. Semoga pertandingan ini nantinya dapat memuaskan hati para penggemar tersebut," ungkap Djohar kemudian.

Sumber : Kompas.com