Isnin, 26 Mac 2012

FRIENDLY INTERNATIONAL : N9 IKAT PERSEBAYA




Negeri Sembilan hanya mampu terikat dengan jaringan dua sama ketika menentang pasukan Persebaya dari Indonesia dalam perlawanan persahabatan antara kedua-dua kelab tersebut yang berlansung di stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Seremban malam tadi.




Dalam perlawanan itu Persebaya terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan melalui penyerang importnya Mario Karlovic yang mendapat hantaran silang dari Andik Vermansyah yang mudah disempurkan oleh pemain itu.
Pada separuh masa pertama pasukan dari Indonesia itu bertali arus mengasak kubu Negeri Sembilan untuk menambah jaringan.Pasukan Negeri Sembilan sesekali menyerang balas tetapi penyudah yang tumpul mengecewakan para penyokong yang hadir.Gol kedua Persebaya pula hadir dalam masa kecederaan babak pertama apabila kelekaan pemain pertahanan dihukum oleh Mat Halil untuk gol kedua Persebaya menewaskan penjaga gol gantian Negeri Sembilan Farizal Marlias.


Pada babak kedua berlangsung pula Negeri Sembilan memperkemaskan permainan untuk memburu gol pertama bagi merapatkan saingan.Hasil nya pada minit ke 52 Effa Owona berjaya melepasi perangkap offside pertahanan Persebaya dan mengelecek penjaga gol seterusnya menjaringkan gol pertama bagi Negeri Sembilan.




Selepas jaringan itu Negeri Sembilan pula banyak mendominasi permainan untuk mencari gol penyamaan.Gol penyamaan yang ditunggu akhirnya tiba apabila Effa Owona sekali lagi meledak gol melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke 71 setelah Ahmad Shakir Ali dijatuhkan pertahanan lawan .



Perlawanan selepas itu bertambah menarik kerana kedua-dua pasukan sering berbalas serangan untuk mencari gol kemenangan.Diakhir perlawanan kedua-dua pasukan berkongsi jaringan 2 - 2 untuk perlawanan persahabatan tersebut.

sumber gambar :  Flirtycious Production

Tiada ulasan:

Catat Ulasan