Selasa, 21 Februari 2012

PROTON LANCAR MODEL TERBARU MARCH 2012 ?


Kepada peminat kereta nasional proton bakal melancarkan model terbaru mereka di jangka pertengahan bulan march 2012.Model yang sementara ini di beri nama P2-321A dijangka mendapat sambutan daripada pengguna kereta buatan malaysia.


Antara ciri menarik yang  terdapat pada kereta terbaru ini adalah :


PRICE : RM 65,000 - RM 75,000

ACCESSORIES
  1. Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
  2. Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
  3. Follow Home Lamp
  4. Headlamp Warning Buzzer
  5. Trunk Remote Release
  6. Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
  7. Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area 'pilar B'
  8. Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
  9. Front & Rear Fog Lamp
  10. Anti-Trap Power Windor - Driver side only
  11. Seat Material - Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
  12. Smart Info Display (SID) - Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
  13. Autolock & Advance Lock System
  14. Magnisium Inside Door Handle
  15. Keyless Entry - Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
  16. BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
  17. YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
  18. S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
  19. BCM - Body Control Module

SAFETY

  1. 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
  2. TC (Traction Control)
  3. ESC (Electronic Stability Control)
  4. BA (Braking Assist)
  5. 4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
  6. 5 STARS Australia NCAP - Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran P3-21A ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP. Dan saya sendiri tidak hairan tentang markah penuh tersebut setelah milihat video perlanggaran P3-21A dengan kelajuan 140km/h, bahagian 'pilar A' langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.

DIMENSION

  1. Length = 4.543m
  2. Width = 1.786m
  3. Height = 1.524m
    - Size luar keseluruhan kereta menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic

CHASSIS

  1. Boot Space: 508 liter - Terbesar diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic
  2. Turning Radius: 5.3 meter
  3. Full Tank Capacity: 50 liter
  4. Aerodynamic (Rintangan Angin): CD Factor = 0.30 - Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CDFactor = 0.29. Secara theory nya, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol ;)

POWER-TRAIN

  1. 1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) - 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
  2. 0-100km/h: 9.6 saat - Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat

VARIANT

  1. Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
  2. Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
  3. Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT

COLOR 

  1. Solid White
  2. Tranquility Black
  3. Genetic Silver
  4. Fire Red (my favorite)
  5. Blue Lagoon


Ciri-ciri lain yang telah diketahui sebelum ini:
  1. Auto Cruise Control
  2. Keyless Push Start (ON/OFF)
  3. Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) on gear column
  4. Audio Switch Steering Control
  5. Soft touch plastic dashboard
  6. Emblem on Steering Wheel
  7. ISOFIX
  8. Rain Sensor
  9. Light Sensor
  10. Day light Front LED
  11. Sport Rim 16" (10 Spoke)
  12. Multi-link rear suspension with Lotus RIDE & HANDLING
Kepada anda semua tunggu dan lihat model pada bulan march nanti...Gerenti puas hati....

Ahad, 19 Februari 2012

PIALA FA : N9 TERSUNGKUR DI PAROI

Juara Piala FA 2010,Negeri Sembilan tewas pada pusingan pertama dalam persaingan piala FA malam tadi.Beraksi di gelangang sendiri pasukan tuan rumah gagal mengekang kemaraan pasukan kelab dari selatan tanah air iaitu Johor FC tumpas dengan jaringan 2-1.Bermula dalam keadaan padang yang agak licin,kedua-dua pasukan  memulakan aksi dengan behati-hati bagi memburu gol pertama.
Pasukan Johor FC terlebih dahulu menjaringkan gol melalui penyerang importnya,Arthuro Benhurt pada minit ke 24 melalui sepakan kencang dalam kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan Farizal Marlias.

Teresentak dengan jaringan itu pasukan N.Sembilan mula memperkemaskan serangan untuk mencari gol penyamaan dan hasil nya pada minit ke 29 mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti.Pakar sepakan percuma N.Sembilan Effa Owona menyempurnakan sepakan itu dengan melepaskan sepakan kencang ke arah pintu gol Johor FC untuk menyamakan kedudukan.

Pada babak kedua berlangsung,kedua-dua pasukan sering bertukar  serangan yang namun berjaya dipatahkan pertahanan masing-masing.Johor Fc bernasib baik mendapat gol yang mereka nantikan pada minit ke 79 apabila menanduk kencang bola lintang hasil sepakan percuma dari kiri gawang gol N.Sembilan.Selepas itu Negeri Sembilan berusaha mencari gol penyamaan tetapi gagal sehingga wisel penamat dibunyikan.Dengan itu N.Sembilan mengikuti jejak tahun lepas dimana tewas melalui sepakan  penalti dilaman sendiri kepada K.Lumpur.

VIDEO N9 VS JOHOR FC

sumber gambar :Flirtycious Production

Sabtu, 18 Februari 2012

PIALA FA : EFFA OWONA TARUHAN N9

PENYERANG berbisa, Jean-Emmanuel Effa Owona sekali lagi menjadi taruhan Negeri Sembilan dalam misi melakar kemenangan ke atas Johor FC pada saingan pembuka tirai Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.
Pemain import dari Cameroon itu yang sudah meledak lima gol dalam saingan Liga Super, hampir pasti menerajui barisan depan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah yang turun dengan reputasi selaku pasukan yang pernah menjulang trofi itu.

Bagi Owona yang menjaringkan gol ketika seri 1-1 dengan PKNS FC di gelanggang sama, Selasa lalu, dia bertekad meneruskan aksi cemerlang itu dan menjaringkan gol bagi memastikan Negeri Sembilan melangkah lebih jauh dalam saingan kalah mati itu.
“Saya akan terus berusaha mempamerkan aksi cemerlang bagi membantu kami mencapai kemenangan kerana Piala FA antara trofi utama dalam saingan Liga Malaysia.

“Sudah tentu impian merangkul kejuaraan bukan mudah tapi kami harus yakin pada diri sendiri dan bukan mustahil untuk dicapai andai semua pemain memberikan kerjasama dan komitmen penuh terhadap tanggungjawab bermula cabaran menentang Johor FC.



“Sebagai pasukan yang pernah menjulang Piala FA, kami bertanggungjawab mempertahankan reputasi itu dengan memastikan kemenangan pada aksi pertama ini,” katanya.
Owona yang dijangka bakal bergandingan dengan penyerang muda, Ahmad Shakir Md Ali di barisan depan mengaku pergerakannya nanti bakal dikawal ketat pertahanan lawan tapi dia akan berusaha melepasi setiap halangan kerana misinya adalah untuk terus melakukan jaringan sekalipun dalam situasi sukar.

Dia amat berharap mendapat kerjasama padu rakan lain dalam usaha menjelmakan kemenangan apatah lagi aksi di halaman sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

SUMBER : Harian Metro

Khamis, 16 Februari 2012

SERI DENGAN PKNS,MASALAH KECEDERAAN HANTUI N9

Kegagalan meraih kemenangan selepas sekadar seri dengan PKNS FC 1-1 pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam kelmarin, bukan bermakna prestasi Negeri Sembilan menurun sebaliknya berpunca daripada kecederaan beberapa pemain termasuk membabitkan kapten pasukan, Mohd Shukor Adan.
Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata keadaan itu memberi kesan kepada kekuatan dan persembahan pasukan sekali gus misi meraih tiga mata bagi mengulangi kejayaan sebelum ini di halaman sendiri tidak kesampaian.
"Keseluruhannya memang terdapat sedikit kelesuan terhadap persembahan pemain malam tadi (kelmarin) disebabkan beberapa pemain mengalami kecederaan sepanjang tempoh perlawanan dan bukannya petanda prestasi pasukan menurun.
"Namun, kita tetap bersyukur kerana tidak mengalami kekalahan dan meraih satu mata di halaman sendiri juga memberi makna kepada pasukan kerana ada pasukan lain yang memiliki reputasi besar juga turut kecundang," katanya semalam.
Dalam aksi malam kelmarin, PKNS FC membuka tirai jaringan menerusi pemain import mereka, Paulo Sergio Ferreira pada minit ke-43 manakala penyerang berbisa tuan rumah, Jean-Emmanuel Effa Owona menyamakan kedudukan dua minit kemudian.
 Effa Owona menanduk bola sambil dicabar pemain PKNS
Beliau turut mengesahkan Negeri Sembilan mendapatkan seorang lagi pemain import untuk melengkapkan kuota dua pemain, apabila menurunkan pemain dari Slovakia, Marian Farbak, dalam perlawanan malam kelmarin.
Menurutnya, pemain berusia 29 tahun itu pernah beraksi di kelab Divisyen 1 Slovakia dan kelab terakhir yang diwakilinya adalah Tatran Presov.
"Pemain yang mempunyai ketinggian 1.93 meter itu dan beraksi di posisi pertahanan bergandingan dengan Norhafiz Zamani Misbah diharap akan dapat membantu memantapkan lagi kekuatan serta merealisasikan matlamat pasukan dalam memburu kejuaraan liga musim ini," katanya.-HM

PEGAWAI FAM DISYAKI ATUR PERLAWANAN ?


Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton memberitahu The Straits Times bahawa terdapat pegawai FAM yang terlibat dalam pengaturan perlawanan.
Apabila dihubungi pada hari Rabu, Timbalan Presiden Hamidin Amin enggan menamakan kelab atau pemain yang terlibat kerana siasatan masih dijalankan tetapi beliau percaya satu atau dua kelab Liga Super telah terlibat.
Beliau berkata: "Ini berdasarkan bukti yang dikumpul pada musim-musim lepas, bukan sahaja minggu lepas. FAM akan mengumumkan dalam dua atau tiga minggu lagi."
LionsXII mendapat kemenangan di tempat lawan yang pertama apabila mereka menewaskan Sabah 1-0 di Kota Kinabalu. Tetapi perlawanan yang mereka menang 3-1 dengan Negeri Sembilan yang telah menimbulkan syak wasangka oleh pemain senior LionsXII.
Pemain Singapura itu berkata: "Mudah untuk orang meragui perlawanan ini (LionsXII vs Negeri Sembilan) kerana kelihatannya mudah bagi kami bertemu mereka.
"Ini sangat tidak baik untuk kami dan ia mewujudkann keraguan dalam minda kami kerana pasukan yang mungkin kami ingat lemah sebenarnya telah menjual perlawanan itu."
Tambah sumber yang mempunyai pengetahuan dalaman bagi aktiviti pengaturan perlawanan dalam rantau ini: "Lihat sahaja bagaimana gol dijaringkan dalam perlawanan itu - mana-mana 'bookie' akan beritahu terdapat sesuatu yang tidak kena."
 Gambar Hiasan
Satu lagi pendedahan mengejutkan oleh Ketua Keselamatan FIFA Chris Eaton kepada The Straits Times, Singapura adalah bukan sahaja pemain dan jurulatih yang terlibat di Malaysia, malahan pegawai FAM juga mungkin terlibat.
Eaton berkata: "Saya boleh memberitahu terdapat siasatan mengaitkan pegawai bola sepak di Malaysia dan secara global di Asia Tenggara.
"Sudah tiba masanya untuk kerajaan di sini sedar bahawa saiz market perjudian di rantau ini menarik banyak sindiket seperti ini."
Namun, skuad LionsXII di bawah perhatian untuk memastikan mereka tidak jatuh di tangan pengatur perlawanan. Semua panggilan telefon di bilik hotel mereka diputuskan apabila bermain di tempat lawan sementara pegawai pasukan mengawal pergerakan pemain di hotel dan lapangan terbang.
Ini titik hitam buat bola sepak Malaysia. Minggu lepas 18 pemain muda telah digantung selama dua hingga lima tahun kerana terlibat dalam pengaturan perlawanan Piala Presiden tahun lepas dan jurulatih digantung seumur hidup.


sumber : ESPNSTAR.my

Isnin, 13 Februari 2012

N9 IKAT PEMAIN SLOVAKIA ?

Marian Farbák

Pasukan Negeri Sembilan dikatakan telah mengikat seorang pertahanan dari Slovakia yang beraksi di posisi pertahanan tengah bagi memperkuatkan pasukan dalam liga Malaysia pada tahun ini.Pemain ini beraksi di kelab liga divisyen 1 Slovakia,Kelab terakhir yang diwakilinya adalah kelab Tatran Presov.
Mempunyai ketinggian 1.93 cm pemain ini dijangka mampu mengekang serangan lawan bagi pasukan Negeri Sembilan.


Pemain ini bakal diturunkan oleh pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan menentang PKNS pada malam esok.





AKSI TIDAK MENJADI N9 DI SINGAPURA

“INI persembahan terburuk kami setakat ini, walaupun ada faktor lain seperti padang tiruan,” kata ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah, mengulas kekalahan kepada LionsXII, 1-3 dalam saingan Liga Super, di Stadium Jalan Besar, malam kelmarin.
Menurut pengendali berpengalaman itu, kegagalan skuad Hoben Jang Hoben beraksi pada tahap keupayaan sebenar, memberi peluang kepada anak didik V Sundramoorthy mendominasi permainan.


Malah katanya, kekuatan pasukan turut terjejas apabila pemain tengah, Rashid Mahmud dan penyerang gantian Mohd Firdaus Azizul, mengalami kecederaan.
“Kita akur dengan kelebihan skuad LionsXII, tapi sedikit kesal kerana pemain gagal mengekalkan rentak hingga mudah pemain tuan rumah mengaut kesempatan.


“Keadaan itu meranapkan impian kami untuk mencari sekurang-kurang satu mata,” katanya, semalam. Negeri Sembilan kini turun satu anak tangga ke tempat kelima, berkongsi mata dengan LionsXII.


LionsXII melakar kemenangan menerusi dua gol Shahril Ishak dan Shahdan Sulaiman, satu manakala gol sagu hati Negeri Sembilan dijaringkan Mohd Firdaus.
Bagi Azraai, kekalahan itu perlu dijadikan iktibar sekiranya tidak ingin reputasi Negeri Sembilan selaku juara Piala Malaysia, tercalar.


Sehubungan itu, beliau mahu anak buahnya bangkit meraih kemenangan dalam perlawanan berikutnya, bertemu PKNS FC.


Menurutnya, reputasi pasukan perlu dipertahankan bagi memastikan impian merangkul kejuaraan tidak tersasar, justeru setiap pemain perlu memberikan fokus serta komitmen tinggi.


“Saya berharap kekalahan kepada LionsXII itu tidak mematahkan semangat dan komitmen pemain, sebaliknya sebagai pengajaran untuk menebus kesilapan dalam perlawanan berikutnya,” katanya.

Ahad, 12 Februari 2012

RUSA DI BAHAM SINGA

Skuad Negeri Sembilan tewas buat kali kedua dalam perlawanan liga super 2012 kali ini selepas tewas kepada pasukan Lions XII dengan jaringan 3-1 di stadium Jalan Besar malam tadi.

Beraksi di padang rumput tiruan sedikit menjejaskan prestasi pemain pasukan Negeri Sembilan pada perlawanan itu.Lions XII  terlebih dahulu menjaringkan gol melalui kapten pasukan Shahril Ishak ,melalui sepakan penalti apabila bola terkena tangan Shahruain Abu Samah pada minit ke 30.Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama dengan Lions XII mendahului 1-0.


Pada babak kedua berlangsung Lions XII menambah derita N.Sembilan apabila mendahului 2 -0 melalui jaringan Shahdan Sulaiman yang mendapat hantaran Sufian Anuar  selepas empat minit  separuh masa kedua berlangsung.Kerapuhan benteng Negeri Sembilan terserlah  apabila Lions XII sekali lagi menambah jaringan untuk menjadikan kedudukan 3-0 melalui Shahdan Sulaiman yang menyempurnakan hantaran lintang Sufian Anuar pada minit ke 59.


Tersentak dengan jaringan itu ,N.Sembilan cuba merapatkan jurang gol dengan asakan ke kubu Lions XII
dan akhirnya memperoleh gol melalui Firdaus Azizul pada minit 90 permainan tetapi tidak dapat menghalang daripada Lions XII untuk meraih kemenangan.Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.


Video N9 vs LIONS XII



















Sabtu, 11 Februari 2012

AZRAAI RISIK BEKAS PEMAIN IMPORT TERENGGANU ?

Bekas pemain import Terengganu Fabio Flor De Azevedo telah dirisik oleh jurulatih Negeri Sembilan itu untuk memantapkan lagi pasukan dalam mengharungi perlawanan Liga Malaysia musim 2012.\



Fabio Flor De Azevedo yang sekarang ini beraksi di kelab liga Bahrain.Menurut sumber Coach Azraai Khor ada bertanyakan khabar perkembangan pemain tersebut di liga di sana.


Sama sama kita lihat perkembangan pemain di ini dimasa akan datang..




HADI MEMBARA LEDAK GOL

BIARPUN buntu memburu jaringan pertama dalam pentas Liga Super musim ini, pemenang Kasut Emas musim lalu, Abdul Hadi Yahaya berikrar menamatkan penantian itu ketika Terengganu bertemu musuh tradisi, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Menurut pemain berusia 27 tahun itu, selain misi memburu jaringan peribadi pertama, dia juga bertekad membantu pasukan mencalar rekod tanpa kalah Kelantan seterusnya mengutip mata penuh.

“Memang semangat saya berkobar-kobar untuk memburu jaringan bagi dijadikan penawar selepas enam perlawanan tanpa gol.
“Bagaimanapun keadaan ini bergantung kepada jurulatih, Mat Zan Mat Aris sama ada mahu menyenaraikan saya dalam kesebelasan utama atau sebaliknya,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, dia sentiasa berazam mencetak nama sebagai penjaring namun hingga kini belum menemui sentuhan jaringan seperti musim lalu.

“Pada musim lalu, saya menunggu perlawanan ketiga beAndai diturunkan, saya berjanji memberikan persembahan terbaik bagi menamatkan kemarau gol,” katanya.

Musim lalu, pemain kelahiran Klang, Selangor itu meledak 20 jaringan untuk muncul penjaring terbanyak Liga Super tapi musim ini dia lebih kerap memanaskan bangku simpanan sebelum dimasukkan sebagai pemain gantian, terutama pada babak kedua.


Sumber : Harian Metro

Khamis, 9 Februari 2012

JANG MUDAH ATASI T-TEAM


Satu gol dari setiap babak memastikan kemenangan pasukan Negeri Sembilan mengatasi pasukan kelab dari pantai timur,PBDKT@T-TEAM dengan jaringan 2-1.Bermula dengan agak perlahan kedua-dua pasukan berhati hati dalam melancarkan serangan ke atas kubu pasukan lawan masing-masing.
Negeri Sembilan terlebih dahulu mengancam gol PBDKT@T-TEAM dengan beberapa percubaan bahaya dari penyerang nya tetapi  bola tidak berjaya menerjah jaring gol pasukan lawan,antara percubaan Nazrin Nawi yang terkena tiang dan tandukan Shahurain Abu Samah yang tersasar ke penjuru gawang gol PBDKT@T-TEAM.

Tersentak dengan asakan Negeri Sembilan,PBDKT@T-TEAM mula mengatur asakan ke kubu Negeri Sembilan dan akhir mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke 36,Sepakan kencang yang diambil oleh Zairo Anuar Zailani terus menerjah jaring gol Negeri Sembilan untuk gol pembukaan dalam perlawanan itu.Setelah ketinggalan Negeri Sembilan kembali mengatur gerak untuk mencari gol penyamaan dan hasil mendapa sepakan percuma apabila bola terkena tangan pemain pertahanan import PBDKT@T-TEAM,Bojan Patric.Tugas itu diambil oleh Effa Owona yang mudah menyepak terus ke dalam gol pasukan PBDKT@T-TEAM untuk gol penyamaan pada minit ke 45 perlawanan.

Pada babak kedua kedua dua pasukan sering bertukar serangan bagi mencari gol pendahuluan,Tuah menyebelahi Negeri Sembilan apabila mendapat gol kedua menerusi penyerang berbisa nya Ahmad Shakir Ali yang menanduk masuk hantaran lintang dari Shahurain Abu Samah.


Negeri Sembilan berupaya menambah gol ketiga pada penghujung babak kedua tetapi sepakan lemah Effa Owona dikeluar oleh pertahanan
PBDKT@T-TEAM ketika penjaga gol sudah tertewas keluar menyelamatkan bola.Dengan kedudukan itu kekal Pasukan Negeri Sembilan di tangga ke 4 liga super dengan mengumpul 11 mata dari 6 perlawanan.











Ahad, 5 Februari 2012

SIAPAKAH PEMAIN IMPORT PILIHAN KEDAH ?

Selepas tirai pendaftaraan pemain import dilanjutkan sehingga 13 Feb 2012.Pasukan Kedah giat mencari pemain import bagi musim 2012.Antara berikut adalah beberapa pemain import yang telah diuji oleh pasukan Kedah













Sumber : Credit to Hijaukuning.com & Kenari Fans Squad



HARAP PENYAKIT MISTERI NAZMI TIDAK BERULANG

Aksi pemain bintang muda dalam pembikinan, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada bahagian tengah skuad bola sepak negara tampak begitu sempurna.Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi.
Bakat pemain berusia 17 tahun itu kian diperkatakan setelah membantu skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI, baru-baru ini.
Namun, masa depan Nazmi boleh terjejas kerana dia mengalami ‘masalah misteri’ iaitu tidak mampu beraksi sepanjang 90 minit perlawanan.
Ini disebabkan dia akan mengalami kekejangan otot kaki jika beraksi terlalu lama.

Muhammad Nazmi Faiz Mansor (tengah) membuktikan kemampuannya apabila menjaringkan gol pertama pasukan negara sebelum tewas 2-3 kepada Bahrain pada Kelayakan Olimpik


Masalah misteri yang membelanggu Nazmi diakui jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee.
Menurutnya, Nazmi memang mengalami gangguan misteri pada otot jika beraksi terlalu lama sehingga tidak mampu untuk menamatkan 90 minit perlawanan.
“Ia bukan masalah yang biasa dialami oleh pemain bola sepak. Malah, tidak ada pemain tempatan yang mengalami masalah sedemikian.
“Ini bukan bermakna dia tidak cukup cergas tetapi masalah kekejangan otot yang menghalang dia daripada memberikan aksi maksimum.
“Masalah ini jarang berlaku tetapi memang ada beberapa pemain terkemuka dunia yang mengalaminya,” katanya.
Menurut Kim Swee, demi memastikan bakat Nazmi dapat dikembangkan, dia mula mengatur langkah memulihkan masalah yang dialami pemain itu.Tambah Kim Swee, Nazmi mempunyai masa depan cerah, sekiranya pemain itu dapat beraksi dengan baik tanpa gangguan masalah kejang otot.
“Kita harus segera mencari penyelesaian kepada masalah yang dialami pemain ini untuk membolehkannya selesa beraksi dalam prestasi terbaiknya,” jelasnya.


Sumber : Utusan Malaysia 30/11/2011

Sabtu, 4 Februari 2012

BILA FERNANDO KU DI AMBIL ORANG

27-01-2012 
 Tiba di Seremban bersama seorang lagi import dari Kenya

31-01-2012
N.Sembilan menguji Fernando De Abreu







04-02-2012
 Friendly dibatalkan kerana Fernando De Abreu diambil orang