Khamis, 9 Februari 2012

JANG MUDAH ATASI T-TEAM


Satu gol dari setiap babak memastikan kemenangan pasukan Negeri Sembilan mengatasi pasukan kelab dari pantai timur,PBDKT@T-TEAM dengan jaringan 2-1.Bermula dengan agak perlahan kedua-dua pasukan berhati hati dalam melancarkan serangan ke atas kubu pasukan lawan masing-masing.
Negeri Sembilan terlebih dahulu mengancam gol PBDKT@T-TEAM dengan beberapa percubaan bahaya dari penyerang nya tetapi  bola tidak berjaya menerjah jaring gol pasukan lawan,antara percubaan Nazrin Nawi yang terkena tiang dan tandukan Shahurain Abu Samah yang tersasar ke penjuru gawang gol PBDKT@T-TEAM.

Tersentak dengan asakan Negeri Sembilan,PBDKT@T-TEAM mula mengatur asakan ke kubu Negeri Sembilan dan akhir mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke 36,Sepakan kencang yang diambil oleh Zairo Anuar Zailani terus menerjah jaring gol Negeri Sembilan untuk gol pembukaan dalam perlawanan itu.Setelah ketinggalan Negeri Sembilan kembali mengatur gerak untuk mencari gol penyamaan dan hasil mendapa sepakan percuma apabila bola terkena tangan pemain pertahanan import PBDKT@T-TEAM,Bojan Patric.Tugas itu diambil oleh Effa Owona yang mudah menyepak terus ke dalam gol pasukan PBDKT@T-TEAM untuk gol penyamaan pada minit ke 45 perlawanan.

Pada babak kedua kedua dua pasukan sering bertukar serangan bagi mencari gol pendahuluan,Tuah menyebelahi Negeri Sembilan apabila mendapat gol kedua menerusi penyerang berbisa nya Ahmad Shakir Ali yang menanduk masuk hantaran lintang dari Shahurain Abu Samah.


Negeri Sembilan berupaya menambah gol ketiga pada penghujung babak kedua tetapi sepakan lemah Effa Owona dikeluar oleh pertahanan
PBDKT@T-TEAM ketika penjaga gol sudah tertewas keluar menyelamatkan bola.Dengan kedudukan itu kekal Pasukan Negeri Sembilan di tangga ke 4 liga super dengan mengumpul 11 mata dari 6 perlawanan.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan