Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata keadaan itu memberi kesan kepada kekuatan dan persembahan pasukan sekali gus misi meraih tiga mata bagi mengulangi kejayaan sebelum ini di halaman sendiri tidak kesampaian.
"Keseluruhannya memang terdapat sedikit kelesuan terhadap persembahan pemain malam tadi (kelmarin) disebabkan beberapa pemain mengalami kecederaan sepanjang tempoh perlawanan dan bukannya petanda prestasi pasukan menurun.
"Namun, kita tetap bersyukur kerana tidak mengalami kekalahan dan meraih satu mata di halaman sendiri juga memberi makna kepada pasukan kerana ada pasukan lain yang memiliki reputasi besar juga turut kecundang," katanya semalam.
Dalam aksi malam kelmarin, PKNS FC membuka tirai jaringan menerusi pemain import mereka, Paulo Sergio Ferreira pada minit ke-43 manakala penyerang berbisa tuan rumah, Jean-Emmanuel Effa Owona menyamakan kedudukan dua minit kemudian.
Effa Owona menanduk bola sambil dicabar pemain PKNS
Beliau turut mengesahkan Negeri Sembilan mendapatkan seorang lagi pemain import untuk melengkapkan kuota dua pemain, apabila menurunkan pemain dari Slovakia, Marian Farbak, dalam perlawanan malam kelmarin.Menurutnya, pemain berusia 29 tahun itu pernah beraksi di kelab Divisyen 1 Slovakia dan kelab terakhir yang diwakilinya adalah Tatran Presov.
"Pemain yang mempunyai ketinggian 1.93 meter itu dan beraksi di posisi pertahanan bergandingan dengan Norhafiz Zamani Misbah diharap akan dapat membantu memantapkan lagi kekuatan serta merealisasikan matlamat pasukan dalam memburu kejuaraan liga musim ini," katanya.-HM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan