Ahad, 12 Februari 2012

RUSA DI BAHAM SINGA

Skuad Negeri Sembilan tewas buat kali kedua dalam perlawanan liga super 2012 kali ini selepas tewas kepada pasukan Lions XII dengan jaringan 3-1 di stadium Jalan Besar malam tadi.

Beraksi di padang rumput tiruan sedikit menjejaskan prestasi pemain pasukan Negeri Sembilan pada perlawanan itu.Lions XII  terlebih dahulu menjaringkan gol melalui kapten pasukan Shahril Ishak ,melalui sepakan penalti apabila bola terkena tangan Shahruain Abu Samah pada minit ke 30.Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama dengan Lions XII mendahului 1-0.


Pada babak kedua berlangsung Lions XII menambah derita N.Sembilan apabila mendahului 2 -0 melalui jaringan Shahdan Sulaiman yang mendapat hantaran Sufian Anuar  selepas empat minit  separuh masa kedua berlangsung.Kerapuhan benteng Negeri Sembilan terserlah  apabila Lions XII sekali lagi menambah jaringan untuk menjadikan kedudukan 3-0 melalui Shahdan Sulaiman yang menyempurnakan hantaran lintang Sufian Anuar pada minit ke 59.


Tersentak dengan jaringan itu ,N.Sembilan cuba merapatkan jurang gol dengan asakan ke kubu Lions XII
dan akhirnya memperoleh gol melalui Firdaus Azizul pada minit 90 permainan tetapi tidak dapat menghalang daripada Lions XII untuk meraih kemenangan.Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.


Video N9 vs LIONS XII



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan