BIARPUN buntu memburu jaringan pertama dalam pentas Liga Super musim ini, pemenang Kasut Emas musim lalu, Abdul Hadi Yahaya berikrar menamatkan penantian itu ketika Terengganu bertemu musuh tradisi, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Menurut pemain berusia 27 tahun itu, selain misi memburu jaringan peribadi pertama, dia juga bertekad membantu pasukan mencalar rekod tanpa kalah Kelantan seterusnya mengutip mata penuh.
“Memang semangat saya berkobar-kobar untuk memburu jaringan bagi dijadikan penawar selepas enam perlawanan tanpa gol.
“Bagaimanapun keadaan ini bergantung kepada jurulatih, Mat Zan Mat Aris sama ada mahu menyenaraikan saya dalam kesebelasan utama atau sebaliknya,” katanya.
Menurut Abdul Hadi, dia sentiasa berazam mencetak nama sebagai penjaring namun hingga kini belum menemui sentuhan jaringan seperti musim lalu.
“Pada musim lalu, saya menunggu perlawanan ketiga beAndai diturunkan, saya berjanji memberikan persembahan terbaik bagi menamatkan kemarau gol,” katanya.
Musim lalu, pemain kelahiran Klang, Selangor itu meledak 20 jaringan untuk muncul penjaring terbanyak Liga Super tapi musim ini dia lebih kerap memanaskan bangku simpanan sebelum dimasukkan sebagai pemain gantian, terutama pada babak kedua.
Sumber : Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan