Pasukan Johor FC terlebih dahulu menjaringkan gol melalui penyerang importnya,Arthuro Benhurt pada minit ke 24 melalui sepakan kencang dalam kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan Farizal Marlias.
Teresentak dengan jaringan itu pasukan N.Sembilan mula memperkemaskan serangan untuk mencari gol penyamaan dan hasil nya pada minit ke 29 mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti.Pakar sepakan percuma N.Sembilan Effa Owona menyempurnakan sepakan itu dengan melepaskan sepakan kencang ke arah pintu gol Johor FC untuk menyamakan kedudukan.
Pada babak kedua berlangsung,kedua-dua pasukan sering bertukar serangan yang namun berjaya dipatahkan pertahanan masing-masing.Johor Fc bernasib baik mendapat gol yang mereka nantikan pada minit ke 79 apabila menanduk kencang bola lintang hasil sepakan percuma dari kiri gawang gol N.Sembilan.Selepas itu Negeri Sembilan berusaha mencari gol penyamaan tetapi gagal sehingga wisel penamat dibunyikan.Dengan itu N.Sembilan mengikuti jejak tahun lepas dimana tewas melalui sepakan penalti dilaman sendiri kepada K.Lumpur.
VIDEO N9 VS JOHOR FC
sumber gambar :Flirtycious Production
Tiada ulasan:
Catat Ulasan