Isnin, 19 Mac 2012

LIGA SUPER : N9 BENAM KEDAH

Juara Piala Sumbangsih 2012 Negeri Sembilan  menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.pada sabtu lalu.
Dalam perlawanan kesepuluh bagi kedua-dua pasukan itu berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan pada awal permainan,
Dua gol skuad Rusa dijaringkan pemain importnya dari Cameroon Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-24 dan pemain sayap  S. Kunanlan pada minit ke-41 melalui tandukan selepas mendapat hantaran lintang dari penyerang Firdaus Azizul.
Pada babak kedua Kedah berjaya mendominasi permainan dengan serang bertali aruske kubu Negeri Sembilan,Kedah memperoleh gol pertama melalui tandukan Khyril Muhaimeen tetapi dibatalkan pengadil,selepas itu
 jaringan tunggal pasukan pelawat diperoleh melalui ketua pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-59.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan