Selasa, 31 Januari 2012

N9 BERHAJAT TURUNKAN IMPORT TERBARU DARI BRAZIL

SEREMBAN - Skuad Negeri Sembilan berhajat menurunkan pemain import terbaru dari Brazil, Fernando Augusto de Abreu Ferreira, pada perlawanan Liga Super menentang pasukan T-Team minggu depan.






Berdasarkan reputasi tinggi kerana pernah beraksi dalam saingan La Liga bersama Altetico Madrid dan Racing Santander, pemain berusia 27 tahun itu bakal didaftarkan sebelum berdepan dengan T-Team pada 8 Feb ini.

"Jika semuanya berjalan lancar dan tiada masaalah, insyaAllah kalau boleh kita nak daftar dia sebelum berdepan dengan T-Team pada 8 Feb ini," kata jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, Mohd Azraai Khor Abdullah, di sini hari ini.



Katanya pemain pertahanan tengah itu bakal menggantikan rakan senegaranya, Marquem Marquem Gonçalves Ferreira yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mohd Azraai berkata berdasarkan pemerhatiannya, pemain dengan ketinggian 1.85 meter itu mempunyai ciri-ciri pemain pertahanan tengah yang baik dan serasi dengan rakan sepasukan yang lain.
    
Mohd Azraai berkata pemain yang turut memegang kerakyatan Itali itu mempunyai lapan tahun pengalaman bermain di sekitar Eropah, termasuk kelab terakhir IFK Mariehamn, sebuah kelab dari Finland.

Negeri Sembilan kini mempunyai seorang pemain import, Jean Emmanuel Effa Owona dari Cameroon yang bermain di posisi serangan. 


Menurut pengendali Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah, “Berdasarkan pemerhatian, keadaan fizikalnya nampak baik dan bebas daripada sebarang kecederaan.”


Namun, status pemilihan pemain ini akan di ketahui selepas berbincang dengan jawatan kuasa PBNS di dalam mesyuarat. Sekiranya mesyuarat memutuskan bersetuju pengambilan ini, Fernando bakal di turunkan di perlawanan menentang T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi pada 8 Februari ini.” Ujarnya.




SUMBER : BERNAMA & N9KINI

PEMAIN MUDO NISMILAN HANDA BELAKO- AZRAAI

KESUNGGUHAN dipamer beberapa pemain muda Negeri Sembilan sejak awal saingan Liga Super musim ini, termasuk ketika seri 2-2 dengan Sarawak, Sabtu lalu, dipuji ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah.

Antara mereka adalah Mohd Nazrin Mohd Nawi, Badrul Zaman Abd Halim dan Mohd Zulfaizham Ismail.

Menurut pengendali berpengalaman itu, semangat tinggi dan peningkatan ditunjukkan pemainnya membantu mengukuhkan lagi pasukan yang berdepan cabaran sengit untuk mengungguli carta liga dan seterusnya menjuarai kejuaraan.

“Pemain muda skuad Piala Presiden yang kita turunkan dalam beberapa perlawanan menunjukkan persembahan membanggakan dan ia baik kerana cabaran dihadapi semakin sengit. Apapun, keupayaan Ahmad Shakir (Md Ali) terus menyumbat gol amat melegakan.

“Ini kerana kita tidak boleh terlalu bergantung kepada pemain import, Jean-Emmanuel Effa Owona kerana dia pasti dikawal ketat pihak lawan seperti pertemuan dengan Sarawak itu.

“Malah, dalam perlawanan itu, Effa terpaksa dikejarkan ke hospital sebaik tamat perlawanan kerana mengalami kecederaan selepas bertembung dengan pemain Sarawak,” katanya.

Azraai berkata, beliau akan terus menggunakan khidmat pemain muda untuk didedahkan supaya mereka lebih yakin berdepan cabaran saingan kompetitif Liga Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Ahad, 29 Januari 2012

EFFA JUMPO DUKUN BERUBEK LUKO DI MUKO EH

Luka di muka Effa Owona semasa menentang sarawak


Perlawanan yang berakhir dengan keputusan 2-2 itu telah sedikit dikaburi dengan inisiden di mana penyerang import Negeri Sembilan, Effa Owona telah disiku di mukanya oleh Kapten Sarawak, Hairol Mokhtar.
Effa dikatakan sebagai penyerang yang agak berbahaya dalam Liga Super musim ini dan juga telah berjaya menjaringkan lima gol setakat ini. Namun, beliau kelihatannya telah menjadi mangsa pihak lawan.
Ketika dihubungi oleh ESPNSTAR.my pada pagi ini, Effa mengatakan beliau dalam keadaan baik selepas kejadian semalam.
Selepas perlawanan itu, Effa telah dibawa ke hospital swasta untuk mendapatkan tiga jahitan di bahagian pipi kirinya.
Effa juga telah memberitahu bahawa kekasaran yang dikenakan terhadapnya itu adalah disengajakan pemain Sarawak itu.
"Ya, saya rasa kekasaran itu disengajakan terhadap saya. Tetapi itu adalah bola sepak. Perkara ini sesuatu yang biasa berlaku.
"Saya mendapat tiga jahitan semalam di hospital dan masih mampu beraksi," kata Effa kepada ESPNSTAR.my dalam perbualan dalam Bahasa Inggeris yang telah diterjemahkan.
Kejadian itu juga telah menarik banyak perhatian penyokong bola sepak terutama sekali penyokong Negeri Sembilan yang melahirkan perasaan tidak puas hati di laman sosial selepas pemain itu dilihat terancam kerana kehebatannya di padang.
Effa berkata: "Penyokong tidak perlu bimbang. Terdapat karakter pemain yang berlainan dalam bola sepak. Ini perkara biasa. Apa yang penting kita harus fokus ke perlawanan yang seterusnya."
Dalam satu perbualan yang berasingan pula, penolong pengurus Negeri Sembilan, Hamzah Mohd Nor berkata beliau kesal dengan kejadian yang berlaku terhadap Effa dan berharap ia dapat dielakkan.
"Pihak lawan kami tahu Effa seorang pemain yang hebat tetapi tidak perlu untuk mengasarinya. Kita harus sentiasa bersikap profesional dalam bola sepak."

sumber :  ESPNSTAR.my

Khamis, 26 Januari 2012

BOKEH PEMAIN ATLETICO MADRID CUBO MASUK SUKU KEK NISMILAN


Selopeh awang hitam Effa Owona,Nismilan sodang berusoho mendapek an sorang laie awang,tapi bukan awang hitam,awang putih plak kali ni yang akan dicubo eh..
Bokeh pemain yang ponah main kek Atlético Madrid B  Fernando De Abreu dikobakan tolah tibo di seromban untuk ditest oleh pasukan Nismilan.Pomain yang ponah main dan berkengkawan mo David De Gea yang main kek Manchester United semaso mudo eh tu akan dicubo dalam maso terdokek ni..

 

Pomain yang asal eh dari Brazil ni akan bomain di posisi bek dan kok coach Azraii berkonan buleh digandingkan mo Norhafiz Zamani di benteng Nismilan.Kelab yang last dio main adolah kek Ifk Mariehamn di liga perdano Finland.Jiko luluih dan coach berkonan dio bulehlah belajar makan masak lomak cili api bagi menambah keserasian dongan pomain Nismilan yang lain..




BEKAMENGA BEKAMENGO BAKAL JUMPO BOKEH JURULATIH EH DI JUHO FC



Selopeh rato main dokek liga antarobangso,bokeh pemain import Nismilan ,Bekamenga Bekamengo dikobakan bakal mewakili  kolab Juho fc pado musim ini.Dio yang ponah menyarung jersi kebanggoan Nismilan pado 2004 - 2007 semaso dilatih oleh Uncle Devan dikatokan menjadi buruan Juho fc untuk memantopkan skuad lobah itu.



Selopeh mewakili Nismilan, Bekamenga tolah poie mewakili kolab di indonesia dan menjadi salah sorang penyorang yang hebat kek liga sanun,Dio jugo ponah mewakili kolab Nantes yang bomain di liga Perancis
sobolun dipinjamkan kek kelab Skoda Xanthi kek liga Greece.Semaso bermain ni Nismilan dio ponah memohon kerakyatan Nismilan dan ado jugak mohon tanah kobun gotah di Kolo Pilah tapi tak dapek.Selopeh itu dio poie ke liga Indonesia  untuk myambung  kerjayo pemain bola eh..

Rabu, 25 Januari 2012

PERGADUHAN DI PAROI - NASIB N9 DAN FELDA BOLUN TAU LAIE

KUALA LUMPUR - Insiden pergaduhan yang melibatkan pemain Negeri Sembilan dan Felda United dalam perlawanan Liga Super, Sabtu lalu mendapat perhatian serius Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Badan bola sepak itu akan membawa kes tersebut untuk tindakan Jawatankuasa Tatatertib.
Menurut Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, beliau telah mendapat penjelasan mengenai apa yang berlaku daripada pegawai kedua-dua pasukan selepas perlawanan berakhir.
Namun, Hamidin enggan memberi sebarang komen mengenai siapa yang dipanggil atau cara siasatan dijalankan kerana ia di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Mohd Taufik Abd Razak.
''Saya telah mendapat laporan mengenai insiden itu daripada kedua-dua pegawai pasukan pada malam hari perlawanan tetapi laporan rasmi akan dibuat pada esok (hari ini) kerana cuti umum Tahun Baru Cina.
''Selepas itu, laporan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan Datuk Mohd. Taufik Abd Razak untuk diteliti sama ada perlu memanggil saksi daripada kedua-dua pihak persatuan bola sepak.
''Saya tidak mahu memberi sebarang komen berlebihan dalam isu ini, lebih baik kita semua tunggu apa kata Datuk Taufik selaku pengerusi termasuk tarikh pendengaran kes berkenaan, " katanya yang dihubungi, semalam.
Kekecohan di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu lalu bermula apabila pemain Felda, Hardi Jaafar bergaduh dengan pemain import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owona selepas perlawanan tamat.







Setelah dileraikan, Hardi meluru ke tempat duduk penonton tuan rumah yang hampir mencetuskan pergaduhan lebih besar sebelum pengadil mengambil tindakan melayangkan kad merah kepada bekas pemain kebangsaan itu.
Bertambah tegang, ketika penjaga gol Felda, Mohd. Hamsani Ahmad cuba masuk ke bilik persalinan, dia diserang oleh penyokong Negeri Sembilan dan hampir membuatkan bekas penjaga gol Selangor itu naik minyak, namun dapat dileraikan oleh pegawai keselamatan.

Atas insiden tersebut, lebih 1,000 penyokong Negeri Sembilan berkumpul di luar stadium sambil menanti pemain Felda sehingga memaksa pasukan keselamatan mengiringi setiap seorang pemain ke bas.
Sebelum itu, pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan dan Felda, Farid Ramli dilayangkan kad merah kerana terlibat dalam pergaduhan di atas padang.
Hamidin secara peribadi menyatakan kekesalan atas insiden berkenaan dan berharap pemain serta penyokong supaya lebih bijak mengawal emosi masing-masing.

''Perkara ini memang pernah berlaku dalam sukan bola sepak kita tetapi saya tidak mahu ia berterusan terjadi.
''Para pegawai setiap pasukan juga perlu pantas mengawal emosi pemain masing-masing agar perkara buruk dan konfrontasi dengan penyokong dapat dielakkan, " katanya.

Isnin, 23 Januari 2012

EFFA OWONA DAPAT OFFER JADI PENEROKA FELDA



aksi Effa semasa menetang felda united



KERAS dan panas! Itu rumusan Mohd Azraai Khor Abdullah mengenai aksi perlawanan antara Negeri Sembilan dengan FELDA United di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi yang berkesudahan skuad bimbingannya mengutip mata penuh hasil kemenangan 1-0, malam kelmarin.
Tiga kad merah dilayangkan pengadil, Azman Jamaludin membabitkan pemain tuan rumah, S Kunanlan dan dua pemain lawan, Farid Ramli dan Hardi Jaafar tetapi tindakan Hardi meluru ke arah tempat duduk penonton sebaik tamat perlawanan hampir mencetuskan pergaduhan.
Hardi dan penjaga gol FELDA United, Hamsani Ahmad, kemudian terpaksa dikawal anggota keselamatan ketika menaiki bas bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini, berikutan kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah masih memenuhi perkarangan luar stadium. 

Bagi Azraai, aksi terjahan keras di atas padang mengundang rasa hilang sabar pemain dan pihaknya mengakui situasi itu tidak dapat dijangka kerana masing-masing mahukan kemenangan tetapi beliau berpuas hati pemain memberi aksi terbaik untuk bangkit di laman sendiri selepas kecundang kepada Perak, Selasa lalu. 

“Tiga mata yang kita inginkan tercapai walaupun Kunanlan dilayangkan kad merah. Kemasukan Shukor Adan yang pulih daripada kecederaan banyak membantu malam tadi (kelmarin). 

“Syabas kepada pemain kerana mempamerkan persembahan seperti dirancangkan dan mencipta banyak peluang. Saya juga lega Shahurain (Abu Samah) sudah kembali menemui sentuhan,” katanya, semalam. 
Pengendali berpengalaman itu yakin kemenangan kelmarin bakal menyuntik semangat dan keyakinan lebih tinggi buat skuad Hobin untuk mengumpul kemenangan dan meletakkan pasukan di kelompok teratas carta Liga Super. 

“Terima kasih kepada peminat setia yang terus menyokong untuk memastikan kejayaan pasukan,” katanya. 

Sumber : Berita Harian

Selasa, 17 Januari 2012

Rusa Tumbang di Ipoh

N.Sembilan mengalami kekalahan pertama dalam liga super sebentar tadi apabila tewas di tangan pasukan Perak dengan jaringan 2-1.Dua jaringan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli memusnahkan harapan N.Sembilan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata untuk dibawa pulang ke seremban
N.Sembilan terlebih dahulu mengegar gawang lawan hasil sepakan percuma kencang pemain import Effa Owona pada minit ke 5.


Tersentak dengan jaringan itu Perak menggandakan asakan dan memperolehi gol penyamaan melalui pemain gantian Akmal Rizal pada minit ke 39.

Kedudukan1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan.Bersambung babak kedua Perak terus melancarkan serangan ke atas kubu N.Sembilan dan hasilnya memperolehi gol kedua selepas 5 minit babak kedua bersambung gol sumbangan Akmal Rizal .Gol itu adalah hasil hantaran pemain import Lazkar Popovic

ra

Selepas gol itu kedua pasukan terus melancar serangan untuk menambah jaringan gol untuk pasukan masing-masing.Negeri Sembilan berpeluang menambah jaringan tetapi beberapa percubaan dari penyerang Ahmad Shakir Ali dan Effa Owana gagal menemui gawang gol Perak.Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dan Perak meraih 3 mata dalam perlawanan tersebut..

KEDUDUKAN LIGA SUPER

Ahad, 15 Januari 2012

SHAKIR LEDAK DUA GOL UNTUK N9 DI PASIR GUDANG

Dua jaringan bekas pemain Harimau Muda dan Kedah, Ahmad Syakir Ali memastikan Negeri Sembilan meraih 3  mata setelah menang 2-0 dalam perlawanan menentang Johor Fc malam tadi.Bertandang ke gelangang lawan, Negeri Sembilan yang sekadar seri dengan Selangor selasa lalu terlebih dahulu diasak oleh pasukan johor Fc dengan serangan bertali arus dalam 20 minit pertama perlawanan.Selepas itu N.Sembilan mula mengatur gerak dan hasilnya memperoleh gol pertama melalui Ahmad Shakir Ali pada minit ke 31.Gol itu berpunca daripada hantaran dari Muszaki Abu Bakar yang ditampan oleh Rashid Mahmud dan bola terus ke Ahmad Shakir Ali yang seterusnya melakukan ' half volley ' terus menerjah jaring kanan pasukan johor fc.






Pada babak kedua pula Negeri Sembilan memulakan aksi dengan bergaya apabila berjaya menambah satu lagi gol melalui Ahmad Shakir Ali pada minit ke 49.Bola sepakan percuma yang disepak oleh Farizal Marlias dari kawasan gol N.Sembilan terus ditanduk oleh pemain import,Effa Owona dan terus ke kaki Ahmad Shakir Ali yang terus melepaskan sepakan kencang dari luar kotak penalti dan terus menewaskan penjaga gol Johor Fc Anis Fahron Rashidi.Tersentak dengan jaringan itu,Johor Fc melancarkan serangan keatas pasukan N.Sembilan untuk mencari gol penyamaan tetapi pertahanan N.Sembilan yang diketuai oleh Norhafiz Zamani Misbah kebal mempertahankan kubu N.Sembilan dari dibolosi pasukan lawan sehingga tamat perlawanan.Dan dengan kemenangan itu N.Sembilan berjaya menduduki tangga kedua liga super selepas dua perlawanan.Ini juga adalah suntikan moral bagi pasukan N.Sembilan yang akan menetang pasukan Perak pada selasa ini di Ipoh.

KEDUDUKAN LIGA SUPER 2012

Sabtu, 14 Januari 2012

Lebah Waspada Ancaman N9

BUKAN saja barisan serangan perlu tajam melakukan penyudah, malah benteng pertahanan Johor FC harus waspada dengan asakan Negeri Sembilan apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam saingan Liga Super di Stadium Pasir Gudang, malam ini.
Kelibat pemain import skuad Hoben Jang Hoben, Jean-Emmanuel Effa Owana yang sudah meledakkan empat gol pasti menjadi igauan buruk buat skuad bergelar Lebah andai benteng pertahanan memberi ruang kepada pemain Cameroon itu.


Justeru, jurulatih Lebah, K Devan bakal membuat rombakan kecil di benteng pertahanan selepas ketiadaan Mohd Hasni Zaidi yang terpaksa disisihkan akibat dilayang kad merah ketika menentang PKNS FC.
Bekas jurulatih Selangor itu mungkin menurunkan Ismail Suboh atau Khairi Kiman bagi mengemudi bek kanan manakala Mohd Khaironnisam Sahabudin dan Mohd Khairul Ismail yang beraksi cemerlang pada perlawanan pertama Liga Super, akan digandingkan bersama.

“Kecederaan Ismail (Suboh) belum pulih sepenuhnya namun saya akan nilai pemain itu ketika latihan hari ini (semalam). Apapun pemain import Negeri Sembilan (Effa Owana) harus disekat.” katanya.

Jumaat, 13 Januari 2012

Mampukah N9 atasi Johor FC

Setelah hanya mampu seri bertemu Selangor selasa yang lalu,juara piala sumbangsih 2012 Negeri Sembilan bakal bertemu pasukan kelab dari selatan tanah air iaitu Johor FC pada sabtu ini.Johor FC pula masih segar dengan kemenangan keatas pasukan PKNS pada perlawanan pertama yang lalu pasti mahu rekod mereka tidak dicalar pasukan yang lain.Pasukan yang dilatih oleh K.devan sudah pasti akan memberi tentangan kepada pasukan Negeri Sembilan.Negeri Sembilan pula mahu bangkit dari keputusan seri yang lalu.dan  mengharapkan penyerang import mereka,Effa Owana bakal mengegar jaring lawan pada perlawanan itu.


Barisan Kemungkinan N.Sembilan
Berdiri dari kiri:Effa Owona,Shahurain,S.Kunanlan,Mahathevan,Shakir Ali,Farizal Marlias.
Duduk  : Halim Zainal,Rashid Mahmud,Tengku Qayyum,Muszaki,Norhafiz Zamani.





Barisan Kemungkinan Johor FC
Berdiri dari kiri: Mohd Khairul Ismail, Anis Faron, Mohd Shafizan Hashim, Mohd Shahrizal Saad, Azi Shahril, Khaironisam Shahbudin
Duduk: Mohd Riduwan Maon, Hasni Zaidi, Mohd Zamri Chin, Eddy Helmi Manan, Fauzi Shaari



Adakah N.Sembilan akan menurunkan pemain Veteran mereka pada minggu ini kita tunggu dan lihat..



Idris Karim

Shukor Adan


ANDA JUGA BOLEH MENGIKUTI SIARAN LANSUNG PERLAWANAN TERSEBUT DI TV1 PADA 14-01-2012

Khamis, 12 Januari 2012

Kontroversi Pemain Import Kian Panas





Selepas isu pasukan Terengganu mahu menyaman dan menarik diri liga Malaysia jika FAM tidak bertolak ansur dan memohon maaf kini timbul pula kisah baru tentang pemain import.
Kini isu itu merebak ke pasukan lain antara nya pasukan Selangor dan juga Kelantan yang juga dikatakan turut terkena tempias isu tersebut..


RAMEZ DAYOUB 
(Lubnan)

Ramez Dayoub dikatakan tidak layak mewakili selangor kerana kelab terakhir yang diwakili adalah kelab Myanmar.mengikut syarat yang ditetapka FAM pemain import dari liga Asean mestilah melalui tempoh ' COOLING PERIOD' selama dua tahun atau jika pemain itu adalah pemain itu pemain kebangsaan negara dari asia mestilah ranking negara berkenaan adalah di atas ranking malaysia.semasa peraturan itu dikeluarkan.
MUHAMAD GHADDAR
(Lubnan)

Pasukan kelantan juga terpalit juga dengan kontroversi kerana pemain import mereka adalah dari negara Lubnan.

RANKING DUNIA PADA 24.08.2011

Syarat-Syarat yang dikenakan untuk pemain import yang dikeluarkan oleh FAM

Guidelines on Hiring of Foreign Players for the M-League



5.1  Only Foreign Players playing in Division 2 and above are allowed from the Confederations listed below:
a)      Union des associations europennes de football (UEFA)
b)      Confederation Africaine de Football (CAF)
c)      Confederacion of North, Central American and Caribbean Association Football (CONCACAF)
d)     Confederacion Sudamericana de Futball (CONMEBOL)
5.2   Only Foreign Players playing in Division 1 are allowed from the Confederations listed below:
a)      Asian Football Confederation (AFC)
b)      Oceania Football Confederation (OFC
5.3   However, only current National Players from countries with world ranking higher than Malaysia’s ranking in FIFA’s World Ranking listed on 24th August 2011 is allowed to play in M-League 2012.

Esok FAM akan bermesyuarat dan akan mengadakan sidang media khas 
Kita tunggu dan lihat apa keputusan FAM tentang isu pendaftaran pemain import bagi terengganu dan isu yang lain..