Pemain Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Ali diasak pemain Selangor, Mohd. Nasriq Baharom pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, semalam.
Dengan menampilkan pemain yang hampir sama dengan perlawanan ketika memenangi piala sumbangsih sabtu lalu,Negeri Sembilan bermula garang apabila pemain import berbisanya Effa Owona menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 4 melalui tandukan hasil dari hantaran lintang pemain sayap Negeri Sembilan.Pada minit ke 31 Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti apabila pemain lincah Shahurain Abu Samah dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan selangor.Sepakan penalti itu mudah disempurnakan oleh Effa Owona sekali gus mencatat nama sebagai penjaring gol kedua Negeri Sembilan.
Pada babak kedua pula giliran selangor mengusai perlawanan dengan serangan bertali arus ke gawang gol Negeri Sembilan tetapi mujur ketangkasan penjaga gol Negeri Sembilan Farizal Marlias banyak menyelamatkan keadaan.Akhirnya gol yang di tunggu pasukan Selangor tiba apabila sepak kencang Amirul Hadi Zainal terus menerjah jaring penjuru kanan gawang gol Negeri Sembilan.Selepas jaringan itu pemain selangor terus megasak ke kubu Negeri Sembilan untuk mendapatkan Gol penyamaan. Hasilnya selangor mendapat sepakan penalti apabila Shurain Abu Samah menjatuhkan pemain selangor di dalam kotak penalti.
Syafiq Rahim dengan tenang mudah menyempurnakan sepakan itu untuk menyamakan kedudukan 2-2.Selepas itu kedua-dua pasukan saling bertukar serangan untuk mendapatkan gol kemenangan sehinggalah pengadil meniupkan wisel penamat degan kedudukan terikat 2-2 untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Lopeh tu den pun balik..Raso macam tension yo seri malam ni lopeh leading 2-0 negori buleh seri..
x po lah cubo laie..banyak maso laie,perjalanan masih jauh..Effa ko jangan merajuk yo..lain kali sumbek gol banyak2 laie...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan