Dua gol jaringan Emannuel Effa Owona membantu Negeri Sembilan memenangi perlawanan merebut piala Sumbangsih sebentar tadi.Jaringan pemain dari cameroon itu membolehkan Negeri Sembilan menewaskan Kelantan dengan jaringan 2-1.
Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan melalui penyerang berbisanya ,Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 20 hasil hantaran lintang Muhamad Ghaddar pemain import dari Lubnan seterusnya mengelecek dua pertahanan Negeri Sembilan dan terus menewaskan penjaga gol Farizal Marlias.
Tersentak dengan jaringan itu pemain Negeri Sembilan menyusun strategi untuk menyamakan kedudukan.Hasilnya pada minit ke 30 Effa yang berseorangan mendapat bola hasil dari kesilapan pemain kelantan mengelecek tiga pertahanan dan terus melepaskan rembatan kaki kiri dan menewaskan penjaga gol kelantan Khairul Fahmi di penjuru gol.Pada penghujung babak pertama Effa sekali lagi mencemaskan penyokong kelantan namum percubaannyadiselamatkan oleh Khairul Fahmi.
Babak kedua bermula gilirin Shakir Ali membuat tandukan tetapi singgah di penjuru tiang gol Kelantan.
Akhirnya gol yang ditunggu penyokong Negeri Sembilan hadir pada beberapa minit selepas itu apabila Effa menyambut hantaran lintang dari Tengku Qayyum dengan tandukan kencang menewaskan Khairul Fahmi.
Selepas itu kedua dua pasukan sering bertukar serangan sehingga ke penghujung perlawanan.Dengan kedudukan jaringan itu kekal sehingga ke penghujung perlawanan bermakna Negeri Sembilan berjaya menjuarai Piala Sumbangsih bagi tahun 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan