N.Sembilan terlebih dahulu mengegar gawang lawan hasil sepakan percuma kencang pemain import Effa Owona pada minit ke 5.
Tersentak dengan jaringan itu Perak menggandakan asakan dan memperolehi gol penyamaan melalui pemain gantian Akmal Rizal pada minit ke 39.
Kedudukan1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan.Bersambung babak kedua Perak terus melancarkan serangan ke atas kubu N.Sembilan dan hasilnya memperolehi gol kedua selepas 5 minit babak kedua bersambung gol sumbangan Akmal Rizal .Gol itu adalah hasil hantaran pemain import Lazkar Popovic
ra
Selepas gol itu kedua pasukan terus melancar serangan untuk menambah jaringan gol untuk pasukan masing-masing.Negeri Sembilan berpeluang menambah jaringan tetapi beberapa percubaan dari penyerang Ahmad Shakir Ali dan Effa Owana gagal menemui gawang gol Perak.Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dan Perak meraih 3 mata dalam perlawanan tersebut..
KEDUDUKAN LIGA SUPER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan