Selasa, 10 Januari 2012

AKSI LIGA PERDANA BERMULA

Aksi bolasepak liga perdana malaysia bermula semalam dengan.Sebanyak 12 pasukan bersaing bagi menjadi juara liga perdana seterusnya layak beraksi di liga super tahun hadapan.
Aksi Marlon Alex James meraikan jaringanya ketika ATM menentang Betaria FC
Antara aksi  yang di mulakan petang semalam adalah perlawanan antara Sime Darby fc menentang Harimau Muda B.Perlawanan tersebut dimenangi oleh Sime Darby dengan jaringan 2-1di mana Zamri Hassan menjadi penjaring pertama untuk Sime Darby di liga perdana.Manakala pada sebelah malamnya pula beberapa lagi perlawanan berlangsung dimana Johor menetang PDRM di Pasir Gudang dengan berkesudahan seri 1-1.
Dalam aksi yang lain pula Pahang memulakan aksi yang meyakinkan dengan menewaskan MBJB 1-0 di stadium Temerloh.Pasukan USM FC juga cemerlang dengan aksi pertama mereka apabila mengalahkan wakil lembah kelang iaitu pasukan Pos Malaysia dengan jaringan 2-1.Dalam pada itu pasukan MP Muar berpesta gol membelasah pasukan Perlis dengan Jaringan 7-2.Dalam perlawanan yang lain pasukan yang berbelanja besar tahun ini ATM mudah menjinakkan pasukan baru dalam liga perdana Betaria FC 2-0 hasil jaringan Marlon Alex James yang kembali mewarnai liga malaysia.Untuk Liga super pula, perlawanan akan berlangsung pada hari ini seterusnya bermulanya semua 14 pasukan yang layak bersaing untuk memenangi Trofi kejuaraan beprestij itu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan