Selasa, 31 Januari 2012

N9 BERHAJAT TURUNKAN IMPORT TERBARU DARI BRAZIL

SEREMBAN - Skuad Negeri Sembilan berhajat menurunkan pemain import terbaru dari Brazil, Fernando Augusto de Abreu Ferreira, pada perlawanan Liga Super menentang pasukan T-Team minggu depan.






Berdasarkan reputasi tinggi kerana pernah beraksi dalam saingan La Liga bersama Altetico Madrid dan Racing Santander, pemain berusia 27 tahun itu bakal didaftarkan sebelum berdepan dengan T-Team pada 8 Feb ini.

"Jika semuanya berjalan lancar dan tiada masaalah, insyaAllah kalau boleh kita nak daftar dia sebelum berdepan dengan T-Team pada 8 Feb ini," kata jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, Mohd Azraai Khor Abdullah, di sini hari ini.



Katanya pemain pertahanan tengah itu bakal menggantikan rakan senegaranya, Marquem Marquem Gonçalves Ferreira yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mohd Azraai berkata berdasarkan pemerhatiannya, pemain dengan ketinggian 1.85 meter itu mempunyai ciri-ciri pemain pertahanan tengah yang baik dan serasi dengan rakan sepasukan yang lain.
    
Mohd Azraai berkata pemain yang turut memegang kerakyatan Itali itu mempunyai lapan tahun pengalaman bermain di sekitar Eropah, termasuk kelab terakhir IFK Mariehamn, sebuah kelab dari Finland.

Negeri Sembilan kini mempunyai seorang pemain import, Jean Emmanuel Effa Owona dari Cameroon yang bermain di posisi serangan. 


Menurut pengendali Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah, “Berdasarkan pemerhatian, keadaan fizikalnya nampak baik dan bebas daripada sebarang kecederaan.”


Namun, status pemilihan pemain ini akan di ketahui selepas berbincang dengan jawatan kuasa PBNS di dalam mesyuarat. Sekiranya mesyuarat memutuskan bersetuju pengambilan ini, Fernando bakal di turunkan di perlawanan menentang T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi pada 8 Februari ini.” Ujarnya.




SUMBER : BERNAMA & N9KINI

1 ulasan:

  1. wah . ni perkembangan yang bagus untuk bola sepak malaysia . kalau pemain dah pro pengurusan dah pro . harap harap penonton pun boleh pro jugak . takda dah hal hal yang boleh mendatangkan aib . majulah sukan untuk malaysia . harap NS dapat menang besar dengan lion nanti .

    BalasPadam